Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin, Dr. Kamal al-Helbawi berkata, negara-negara Barat masih belum memahami apakah makna eksport revolusi Islam Iran ke seluruh dunia.
Al-Helbawi berkata demikian dalam persidangan Kebangkitan Islam dan Gerakan Al-Marhum Imam Khomeini yang di adakah di Institut Kementerian Luar dan Pengajian Antarabangsa pada hari Selasa.
Persidangan tersebut diadakan setelah dua hari ulangtahun kematian Al-Marhum Imam Khomeini, pengasas Republik Islam Iran.
Sepanjang ceramah Al-Helbawi berkata, sebahagian umat Islam memberikan reaksi negatif terhadap termakata "Eksport Revolusi", namun akhirnya mereka memahami bahawa revolusi Iran adalah kesedaran untuk umat Islam.