Baitul Maqdis akan menjadi ibukota kesatuan negara-negara Arab.
Kod: 321250 Tanggal: 2012/06/10 - 20:58Sumber: ABNA.coprint

Ulama Mesir;
Baitul Maqdis akan menjadi ibukota kesatuan negara-negara Arab.

Ketika Israel secara diam-diam membela Ahmad Syafiq calon presiden pro-regim Mubarak, seorang ulama Mesir mengistiharkan andainya Al-Mursi menjadi presiden, Baitul Maqdis akan menjadi ibukota kesatuan negara-negara Arab. 

 Baitul Maqdis akan menjadi ibukota kesatuan negara-negara Arab.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ulama terkenal Mesir, Syeikh Safwat Hijazi dalam pidatonya di hadapan beribu-ribu penyokong ikhwanul Muslimin Mesir mengistiharkan baitul maqdis akan menjadi ibu kota kesatuan negara-negara Arab sekiranya calon presiden Muhammad al-Mursi memenangi pilihanraya.

"Kita melihat mimpi besar kita semua, kesatuan negara-negara Arab akan kembali ke tangan lelaki ini dan orang yang bersama beliau, insyallah. Ibukota kekhalifahan kesatuan negara-negara Arab ialah al-Quds, insyallah" kata Hijazi dengan sorakan ribuan penyokong partinya.

Orang ramai yang hadir melaung-laungkan slogan 'Esok Mursi Bebaskan Gaza' dan takbir.

"Ia akan menjadi ibukota kita, bukan Kaherah, Makkah atau Madinah, bahkan al-Quds insyallah," Tambah beliau lagi dengan melaungkan slogan 'Berjuta-juta Syuhada Maju ke Al-Quds' dengan penuh semangat bersama para penyokongnya.


 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini