Syeikh Qattan kecam ugutan salafi terhadap pemimpin pejuang Lubnan
Kod: 325564 Tanggal: 2012/06/29 - 10:12Sumber: ABNA.coprint

Permohonan maaf kepada Hasan Nasrullah;
Syeikh Qattan kecam ugutan salafi terhadap pemimpin pejuang Lubnan

Pemimpin komuniti "Qauluna Wal 'Amal Lubnan" memohon maaf kepada Sayid Hasan Nasrullah dan ketua parlimen atas kebiadaban ulama Salafi Lubnan. 

 Syeikh Qattan kecam ugutan salafi terhadap pemimpin pejuang Lubnan
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Syeikh Ahmad Qattan, pemimpin komuniti "Qauluna Wal 'Amal Lubnan" mengecam beberapa tukang fitnah yang ingin menimbulkan perseteruan dan kebencian antara mazhab.

Beliau menambah, "Saya meminta maaf bagi pihak kami kepada sadara-saudara Syiah atas pernyataan bohong Ahmad Al-Asir, seorang ulama Salafi di Masjid Bilal bin Rabah di dalam televisyen, terutamanya Sayid Hasan Nasrullah selaku Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan dan saya ucapkan terima kasih kepada Rahan Qattan atas kebijaksanaan beliau dalam menghadapi pernyataan Salafi Ahmad Al-Asyar."

Qattan turut meminta Syeikh Ahmad Rashid, mufti kerajaan Lubnan agar menghentikan perbuatan khianat Ahmad Al-Asir tersebut dengan memberikan ucapan khusus.

Pemimpin komuniti Qauluna Wal 'Amal menegaskan, "Sepatutnya badan perundangan Lubnan menyiasat segala ancaman Ahmad Al-Asir terhadap pemimpin Lubnan, presiden Bashar Al-Assad dan presiden Russia.
 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini