Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Sayid Ahmad Khatami dalam khutbah Jumaat kelmarin berkata, perjuangan hanyalah satu-satunya jalan untuk menentang kuasa syaitan di Syria.
Mengenai serangan pengganas sehingga menyebabkan menteri pertahanannya terkorban, beliau menyatakan kuasa angkuh dunia sedang membalas dendam terhadap kerajaan Syria dan rakyatnya.
Beliau mengingatkan, Iran berkali-kali menegaskan kedengkian mereka terhadap negara tersebut hanyalah kerana Syria giat membantu golongan tertindas, Hizbullah Lubnan dan termasuk Iran yang menghadapi perang dengan regim Saddam selama 8 tahun.
Kebanyakan ulama berkata, Amerika, British, Kesatuan Eropah, pemberontak Arab, Al-Qaeda, Turki yang masih bermimpi dengan empayar silamnya dan beberapa jiran Syria sedang melakukan jenayah terhadap negara tersebut.
Selain itu beliau turut mengutuk sikap kerajaan Myanmar yang membiarkan pembunuhan kejam ke atas umat Islam.
Ayatullah Khatami juga menyeru pertubuhan antarabangsa dan OIC agar segera melaksanakan tanggung jawabnya untuk menghentikan pembunuhan umat Islam di Mnyanmar.