Letupan berpunca dari bekalan gas Mesir ke Israel
Kod: 330946 Tanggal: 2012/07/22 - 20:43Sumber: http://rassd.comprint

Letupan berpunca dari bekalan gas Mesir ke Israel


 Letupan berpunca dari bekalan gas Mesir ke Israel
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sumber keselamatan dalam negeri Utara Sinai mengesahkan kejadian letupan saluran paip gas menuju ke rantau Israel, yang terletak kira-kira 10 kilometer di Timur El-Arish. Berita ini sekaligus turut membongkar rahsia bekalan gas ke Israel telah disambung semula secara diam-diam.

Menurut berita yang disiarkan oleh agensi Ona pada hari Ahad, terdapat maklumat yang mengesahkan bahawa gas telah dibekalkan ke Israel selama empat hari sebelumnya.

Sebaliknya jurutera Muhammad Ayyub, pengarah syarikat GASCO di El-Arish menafikan bahawa pihaknya menyalurkan kembali gas ke Israel. Beliau menegaskan letupan itu hanyalah melibatkan sisa-sisa gas yang masih tertinggal di dalam saluran paip sejak pengumuman Mesir yang memberhentikan bekalan gas ke Israel.

Maklumat awal menunjukkan letupan tabung paip Timur El-Arish nombor 15 adalah akibat operasi pengeboman itu dilakukan dengan dinamit kawalan jauh. Letupan terjadi di kawasan yang jauh dari penduduk dan tiada kecederaan dilaporkan.

Selain itu sumber menyebut bahawa kira-kira 5 kereta pertahanan awam dan bomba telah sampai di tempat kejadian letupan dalam usaha mengawal kebakaran dan dipantau dari semenanjung Gaza, yang terletak lebih daripada 45 kilometer dari tapak letupan.

Berasaskan laporan, syarikat GASCO yang mengendalikan saluran gas Sinai telah menutup injap pam untuk mengawal kebakaran serta menghentikan bekalan janakuasa elektrik sekitar barat El-Arish.

Pemimpin polis dari Utara Sinai turut kelihatan berada di tapak kejadian.

Sumber-sumber berkata syarikat itu menyalurkan gas ke dalam paip untuk mengekalkan kecekapan sistem peralatan stesyen pam, bukannya membekalkan gas ke Israel.


 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini