Tanpa memperdulikan bulan suci Ramadhan, penguasa Bahrain bertindak menyerang orang awam dengan senjata terlarang. Sekurang-kurangnya 8 orang ditangkap dan 9 yang lain cedera di empat wilayah dalam beberapa hari lalu.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Laman web Al-Wefaq melaporkan pasukan keselamatan Al Khalifah menyerang orang awam di bulan Ramadhan tanpa sebab.
Laman web tersebut mendakwa, dalam beberapa hari lalu sekurang-kurangnya 8 orang ditangkap manakala 9 orang yang lain cedera di empat wilayah.
Pasukan regim menggunakan beberapa senjata terlarang untuk menyerang orang awam seperti peluru kacang-kacang, peluru pelastik, bom bunyi, gas beracun dan penjerut.
Regim juga turut menangkap orang awam secara ganas di dalam beberapa demonstrasi aman.
Di perkambungan Al-Dayr, polis Bahrain menyerang majlis yang diadakan di sebuah kampung. Sementara itu polis juga turut menyerang majlis sempena bulan Ramadhan di kampung Al-Kurah sambil menangkap beberapa penduduk.
Selain itu gas beracun dilepaskan di beberapa kawasan serangan.