Ucapan takziah Majma' Ahlul Bait untuk aktivis hak asasi manusia Tajikistan;
Kod: 333716 Tanggal: 2012/08/02 - 04:35Sumber: ABNA.coprint

Ucapan takziah Majma' Ahlul Bait untuk aktivis hak asasi manusia Tajikistan;

Sudah menjadi kelaziman, dengan perhatian Allah dan kebangkitan Islam, darah yang ditumpahkan tanpa hak di tangan ejen kuasa angkuh ini akan menyirami pohon pergerakan dunia Islam.
 

 Ucapan takziah Majma
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan kematian aktivis hak asasi manusia Tajikistan Sabzali Muhammad Rezayof, Majma' Ahlul Bait menyampaikan ucapan takziah di mana Hujjatul Islam Akhtari menganggap kesyahidan beliau sebagai melukakan hati.

Terjemahan teks pesanan tersebut adalah seperti berikut:

بسم الله الرحمن الرحيم

ولا تحسبن الذين قتلوا في سبيل الله أمواتا بل أحياء عند ربهم يرزقون (آل عمران ـ 169)

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki - Surah Al Imran ayat 169.

Kesyahidan Sabzali Muhammad Rezayof, anggota pimpinan tertinggi parti pergerakan Islam Tajikistan dan ketua Syiah parti ini di Badakhshan meninggalkan kesan perasaan dukacita.

Majma' Jahani Ahlul Bait mengucapkan takziah kepada keluarga aktivis hak asasi manusia ini dan kepada seluruh kaum muslimin di negara ini termasuk seluruh waris beliau. Semoga waris-waris beliau dikurniakan kesabaran dan ganjaran.

Sudah menjadi kelaziman, dengan perhatian Allah (s.w.t) serta bermulanya kebangkitan Islam, darah-darah yang ditumpahkan tanpa hak di tangan ejen kuasa angkuh dunia ini akan menyirami pergerakan Islam selain menghancurkan talibarut asing di rantau mereka.

وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ (227)

Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali. Surah Syu'ara ayat 227.

Muhammad Hasan Akhtari

Sabzali Rezayof merupakan aktivis hak asasi manusia negara Tajikistan yang telah meninggal dunia secara misteri.

Beliau merupakan alumni Universiti Al-Mustafa Antarabangsa, Hawzah Ilmiyah Qom dan aktif membela hak asasi manusia sehingga berjuang menentang salah laku beberapa pegawai kerajaan. Jenazah beliau ditemui dalam timbunan sampah disekitar penjara setelah 3 hari ditahan oleh pihak berkuasa.


 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini