Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Khatib solat Jumaat di Tehran kelmarin berkata, rakyat Iran akan bangkit menentang sekatan ekonomi tajaan Barat.
Hujjatul Islam Seddiqi dalam khutbah keduanya di Tehran berkata, pihak barat berkhayal bahawa mereka dapat menyekat bangsa Iran dari merealisasikan cita-cita akibat tekanan dan sekatan.
Tambah beliau lagi, bukan Iran sahaja yang menghadapi masalah ekonomi, bahkan seluruh dunia turut mendapat kesan dari krisis ini.
Beliau turut mengutuk beberapa pemimpin Arab yang sedang berperang dengan Syria. Katanya mereka ini sepatutnya berperang dengan orang yang sedang mengejek identiti Arab.
Kritikan turut dilemparkan kepada negara jiran yang pernah memiliki empayar menentang Barat, namun sekarang bekerjasama dengan Zionis.
Khatib ini mempersoalkan beberapa negara rantau tersebut yang tidak mempunyai pilihanraya, membunuh penduduk awam dan menindas rakyatnya. Negara-negara ini juga tidak dikritik.
Namun mereka ini bertindak kejam terhadap Syria yang mempunyai sistem undi untuk parlimen yang sedia ada.