Masyarakat Syiah London protes provokasi terhadap Sunni
Kod: 336253 Tanggal: 2012/08/12 - 13:45Sumber: Presstvprint

Masyarakat Syiah London protes provokasi terhadap Sunni


 Masyarakat Syiah London protes provokasi terhadap Sunni

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kira-kira sepuluh orang penunjuk perasaan berhimpun di hadapan stesyen Fadak TV untuk menuntut pemberhentian operasi stesyen tv satelit tersebut, di London, kelmarin. Mereka mendakwa stesyen televisyen sedang diperalatkan oleh Barat dan tidak mewakili suara Syiah di seluruh dunia.

Sebelum ini stesyen televisyen tersebut menyiarkan kain rentang besar yang mengutuk isteri Nabi (s.a.w) Ummul Mukininn Aisyah. Para penunjuk perasaan berkata, stesyen tersebut telah diperalatkan oleh propaganda ekstrimis Sunni untuk mencetuskan kebencian di kalangan umat Islam.

Sebelum ini beberapa pakar politik telah mengaitkan kemunculan stesyen televisyen ini dengan pembunuhan Syiah di Pakistan dan Arab Saudi.

Peserta demonstrasi turut mencela stesyen tersebut sambil menegaskan masyarakat Syiah inginkan perpaduan. Oleh itu sebarang provokasi antara mazhab akan ditentang.

Stesyen televisyen Fadak ditubuhkan dengan pimpinan Yasir al-Habib yang pernah dilucutkan kerakyatannya dan diusir dari Kuwait atas alasan mencetuskan perpecahan umat.

Sebelum ini beberapa pemimpin Islam termasuk Ayatullah Khamenei telah mengeluarkan fatwa larangan penghinaan terhadap simbol suci Ahlusunnah yang mana fatwa tersebut mendapat sambutan dan pujian daripada Syeikh al-Azhar, Dr. Ahmad Tayyib. Selain itu, pemimpin Ahlusunnah yang lain seperti Dr. Kamal al-Halbawi turut menyatakan bahawa Syiah Imamiyah tidak bersikap seperti Yasir al-Habib ini.

Salah seorang memberitahu wartawan Presstv bahawa gerak geri Fadak TV dicurigai mendapat biaya dari perisikan asing untuk menghancurkan Islam.






 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini