Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sempena ulang tahun kesyahidan Imam Ali bin Abi Talib, rakyat Yaman mengadakan demonstrasi besar di Sanaa sambil berjanji akan meneruskan revolusi.
Berasaskan laporan berita ini, beribu-ribu penduduk awam dan pemuda revolusi melaung-laungkan slogan "Ya Ali" sambil mengutuk campur tangan Amerika dan sekutunya Arab Saudi dalam urusan dalaman negara mereka.
Revolusioner yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda berikrar akan berusaha menyegerakan penggulingan regim Ali Abdullah Saleh yang bekerjasama dengan Amerika ini.
Demonstrasi turut dianjurkan di Hasyiah dalam rangka mengumpulkan sejuta tandatangan menentang campurtangan Amerika dan Saudi dalam urusan negara mereka.
Selain itu pameran jenayah Amerika di serata dunia dan komplot ke atas Syria turut diadakan di tempat demonstrasi.