Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setiausaha Agung Hizbullah, Sayid Hasan Nasrullah berkata, Republik Islam Iran akan membalas sebarang serangan terhadap kepentingannya.
Beliau berkata demikian dalam satu ucapan sempena hari al-Quds sedunia di Beirut yang dihadiri ribuan pemimpin parti politik dari Lubnan, Palestin dan beberapa negara Arab.
"Sebarang serangan boleh menyebabkan seluruh regim Zionis menghadapi ancaman kepupusan. Terdapat perbezaan antara pemimpin Israel dan mereka ragu untuk melancarkan serangan itu," tambah beliau.
Ulama kanan Lubnan ini berkata, banyak perubahan terjadi di negara-negara Arab sepanjang dua tahun kebelakangan ini yang mencetuskan kebimbangan regim Zionis di mana mereka sudah berbicara mengenai stategi terkini dalam menghadapi ancaman besar dalam mesyuarat-mesyuarat mereka.
Beliau menegaskan setelah perkembangan politik di Syria baru-baru ini, seluruh lanskap politik Syria bertukar yang mengiringi kemerosotan hubungan diplomatik negara tersebut dengan Turki.
"Sesetengah orang cuba mengambil kesempatan dengan situasi huru-hara di Syria baru-baru ini dan mereka mencipta teori bahawa Iran adalah musuh bagi seluruh negara-negara Arab," tambah Hasan Nasrullah.
Menurut beliau lagi, Israel sendiri tahu bahawa mereka sedang berbohong tentang program tenaga Nuklear Iran.
"Masalah regim Zionis ialah kekuatan Iran yang hebat yang berasaskan iman, agama dan komitmennya untuk pembebasan Baitul Maqdis serta Palestin selain percaya bahawa isu ini tidak boleh dikompromi."
Beliau menegaskan bahawa Iran bukan sahaja kekal konsisten dalam masalah Palestin walaupun menghadapi masalah selama puluhan tahun, malah ia tidak pernah berundur sedikitpun walau pun tidak pernah disokong.
"Di hari al-Quds saya ingin bertanya kepada seluruh umat Islam secara umum dan kepada Arab secara khusus, apabila Iran bertukar menjadi musuh nombor 1 kepada Israel apakah ia mempunyai makna buat Arab dan umat Islam?" soal beliau.
Mengenai negara Barat yang dapat membeli sebarang senjata dari Russia sebanyak mana yang mereka mahu, beliau mengatakan, "Walau bagaimana pun, jika Iran ingin membeli sistem pertahanan udara dari Russia, maka Israel, Amerika dan seluruh dunia cuba menghalang urusniaga dua hala ini terjadi."