Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Khatib solat Jumaat Tehran, Ayatullah Sayid Ahmad Khatami berkata, regim Zionis bakal hancur dengan wujudnya perpaduan umat Islam.
Beliau berkata demikian dalam khutbah Jumaat di Tehran kelmarin. Ahmad Khatami turut mengucapkan terima kasih atas penyertaan luar biasa rakyat Iran dalam perarakan Hari al-Quds Sedunia.
Tambahnya lagi, sepanjang enam dekad lalu bumi Palestin dijajah, penyelesaian isu Palestin hanyalah melalaui intifadhah, bukan di meja rundingan.
Sambil menyatakan bahawa regim Zionis hanya akan faham dengan bahasa kasar. Ulama ini menegaskan dunia Islam semakin bertambah kuat sejak dilanda gelombang kebangkitan. Dengan gelombang kebangkitan Islam, hanya satu tahun sahaja penduduk serantau berjaya menggulingkan empat diktator.
Ayatullah Khatami turut menyatakan kekesalan apabila beberapa negara Islam memandang remeh terhadap regim Zionis, bahkan ada yang menjadi 'pak turut' kepada gerakan Zionis.
Beliau juga turut mengkritik beberapa negara Islam yang memimpin serangan ke atas Lubnan dan Gaza dengan mendukung Zionis.
Mengenai masalah Syria, beliau memberi amaran tentang bahaya kempen Amerika di negara rantau tersebut.
"Kamu sedang berkonfrontasi dengan negara berdaulat, kamu akan kehilangan sokongan rakyat sendiri seperti yang kami lakukan sekarang," tambah beliau.
Mengenai jenayah al-Qaeda di Syria, beliau mengingatkan negara-negara Arab bahawa pengganas ini akan menghalakan senjata mereka ke arah kerajaan di rantau tersebut sebagaimana mereka telah membunuh rakyat Syria.