Benarkah riwayat “Engkau khalifah setelahku” telah dinukilkan dalam sumber-sumber Ahlusunnah dengan sanad yang muktabar? (Bah. 2)
Kod: 268809 Tanggal: 2011/09/30Sumber: ABNA.coprint

Benarkah riwayat “Engkau khalifah setelahku” telah dinukilkan dalam sumber-sumber Ahlusunnah dengan sanad yang muktabar? (Bah. 2)


 
Sambungan dari bahagian pertama [Klik di sini]

Pandangan-pandangan Shuʽayb Al-Arna’ūṭ tentang Abūbalj yang saling bercanggah

Shuʽayb Al-Arna’ūṭ seorang penyelidik Wahabi pada zaman ini yang melakukan penyelidikan ke atas kebanyakan kitab-kitab perawi dan rijal Ahlusunnah seperti Musnad Ibnu Ḥanbal, Ṣaḥīḥ ibnu Ḥabbān, Musnad Abū Bakr, Siyar Aʽlam Al-Nubalā’, Zād Al-Maʽād dan banyak lagi.  Beliau telah mengemukakan pandangan yang sangat bercanggah mengenai Abūbalj Al-Fazārī. Di mana sahaja ada riwayat tentang kelebihan Ahlul Bayt (a.s), beliau akan mendhaʽifkan, sementara itu beliau juga mensahihkan riwayat-riwayat dhaif yang lain seperti hadis berikut daripada kitab Musnad Aḥmad:

قال: ثُمَّ بَعَثَ فُلاَناً بسورة التَّوْبَةِ فَبَعَثَ عَلِيًّا خَلْفَهُ فَأَخَذَهَا منه قال لاَ يَذْهَبُ بها الا رَجُلٌ مني وأنا منه.

Ibnu ʽAbbās berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Kemudian Rasulullah  (s.a.w) mengutuskan seseorang untuk mebaca surah Al-Tawbah. Kemudian baginda mengutuskan pula Alī mengejarnya dan mengambil surah tersebut daripadanya. Rasulullah bersabda: Tidak layak seseorang membacanya kecuali seorang daripadaku dan dia adalah daripadaku.

Penyelidik tersebut mengatakan:

إسناده ضعيفٌ بهذه السياقة، أبو بلج ـ وإسمه يحيى بن سليم، أو ابن أبي سليم ـ، وإن وثقه غيرُ واحد، قد قال فيه البخاري: فيه نظر... .
مسند أحمد بن حنبل، ج5، ص181، تحقيق: شعيب الأرنؤوط/عادل مرشد، ناشر: مؤسسه الرسالة ـ بيروت، الطبعة: الأولى، 1416ه ـ 1995م.

Persanadannya dengan tema ini adalah dhaif , Abūbalj adalah namanya Yaḥyā bin Sulaym atau Ibnu Abī Sulaym. Meskipun ia dithiqahkan oleh beberapa ulama namun Al-Bukhāri mengatakan beliau bermasalah. - Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 5 halaman 181.

Beliau turut mendhaifkan riwayat daripada Abū Balj dalam jilid ke-5 halaman 475, hadis nombor 3542:

عن أبي بلج عن عمرو بن ميمون عن بن عباس قال : أول من صلى مع النبي صلى الله عليه و سلم بعد خديجة علي .

Daripada Abī Balj, daripada ʽAmrū bin Maymūn, daripada Ibnu ʽAbbās yang berkata: Orang yang pertama solat di belakang Nabi (s.a.w) setelah Khadijah ialah Alī bin Abī Ṭālib.

Pertentang pandangan beliau tentang Abī Balj dapat di lihat dalam hadis no. 6959 di mana beliau mengatakan persanadannya sebagai Ḥasan.

إسناده حسن.

 - Persanadannya Ḥasan. - jilid 11 halaman 547-548, hadis no. 6959.

Dalam jilid ke-13, halaman 345, hadis nombor 7966 beliau turut menegaskan hadis daripada Abū Balj itu adalah Hasan:

صحيح دون قوله «تحت العرش» وهذا إسناد حسن، أبو بلج هذا حسن الحديث، وباقي رجاله ثقات رجال الشيخين.

Di dalam jilid ke-15, halaman 129-128, tentang hadis ke 9233 beliau mengatakan:

حديث صحيح، وهذا إسناد حسن من أجل أبي بلج وباقي رجال الإسناد ثقات رجال الصحيح.

Asal hadis ini adalah Sahih, namun ianya menjadi Hasan kerana wujud perawi bernama Abī Balj. Perawi-perawi yang lain pula adalah thiqah dan rijal yang Sahih.

Di dalam jilid ke 16, halaman 431, hadis bernombor 10738, beliau mengatakan:

إسناده حسن من أجل أبي بلج وهو يحيى بن سليم وباقي رجاله ثقات رجال الصحيح.

Persanadannya adalah Hasan kerana ada Abī Balj, beliau adalah Yaḥyā bin Sulaym. Perawi yang lain pula adalah thiqah dan rijal yang Sahih.

Di dalam jilid ke 30, halaman 214, hadis nombor 18279, beliau menulis seperti berikut:

إسناده حسن من أجل أبي بلج.

Persanadannya adalah Hasan kerana ada Abī Balj.

Di dalam riwayat yang berikutnya beliau mengatakan:

إسناده حسن كسابقه.

Persanadannya adalah Hasan seperti sebelumnya.

Dalam jilid 24 halaman 189, hadis ke 15451, beliau mengatakan:

إسناده حسن، أبو بلج: هو الفزاري، وقد اختلف في اسمه، يقال: يحيى بن سُلَيم بن بلج، ويقال : يحيى بن أبي سليم، و يقال : يحيى بن أبي الأسود، وثقه ابن معين وابن سعد والنسائي والدارقطني، وقال أبو حاتم: صالح الحديث لا بأس به، وقال البخاري: فيه نظر وقال الجوزجاني: غيرثقه، وقال ابن حجر في «التقريب»: صدوق، ربما أخطأ.

Sanad riwayat ini adalah Hasan. Abū Balj ialah Al-Fazārī, ada perselisihan pada namanya, Abū Balj ialah Al-Fazārī. Telah berselisih tentang namanya iaitu: Yaḥyā bin Sulaym bin Balj, Yaḥyā bin Abī Sulaym dan Yaḥyā bin Abī Aswad. Ibnu Maʽīn, Saʽad, Nasā’ī dan Al-Dārqaṭānī menthiqahkan beliau. Abū Ḥātim berkata: Ṣāliḥ Al-Ḥādith dan tiada masalah dengannya. Bukhārī mengatakan: Kethiqahannya bermasalah. Al-Jawzajānī berkata: Beliau tidak thiqah. Ibnu Ḥajar berkata di dalam Al-Taqrīb: Ṣadūq, kemungkinan beliau ada melakukan kesilapan.

Setelah kita dapat buktikan bahawa kata-kata “fīhi naẓar” yang dikaitkan dengan Al-Bukhārī adalah tidak benar dan orang yang mula-mula menukilkannya daripada Al-Bukhārī adalah dhaif, maka apa yang dikatakan oleh Al-Jawzajānī adalah sebuah penipuan yang nyata. Ini disebabkan Al-Jawzajānī turut menthiqahkan beliau seperti mana yang dicatat oleh Ibnu Ḥajar tentang beliau di dalam Tahdhīb Al-Tahdhīb:

وقال بن معين وابن سعد والنسائي والدارقطني ثقة وقال البخاري فيه نظر وقال أبو حاتم صالح الحديث لا بأس به وقال بن سعد قال يزيد بن هارون قد رأيت أبا بلج وكان جارا لنا وكان يتخذ الحمام يستأنس بهن وكان يذكر الله تعالى كثيرا قلت وذكره بن حبان في الثقات وقال يخطئ وقال يعقوب بن سفيان كوفي لا بأس به وقال إبراهيم بن يعقوب الجوزجاني وأبو الفتح الأزدي كان ثقة.
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، تهذيب التهذيب، ج12 ص49 ، ناشر: دار الفكر - بيروت، الطبعة: الأولى، 1404 - 1984 م.

Ibnu Maʽīn, Ibnu Saʽd, Al-Nasāʽī dan Al-Dārqaṭanī mengatakan beliau. Bukhārī mengatakan: Kethiqahannya bermasalah. Abū Ḥātim berkata: Ṣāliḥ Al-Ḥādith dan tiada masalah dengannya… dan Ibrāhīm bin Yaʽqūb Al-Jawzajānī dan Abū Al-Fath Al-Azdī mengatakan bahawa beliau adalah thiqah.

Kesimpulannya ialah Shuʽayb Al-Arna’ūṭ turut mengambil langkah seperti mana orang yang terdahulu yang hidup sebelumnya iaitu apabila sampai kepada riwayat mengenai kelebihan Alī bin Abī Ṭalib, mereka akan mendhaifkan perawinya dan menolak hadis tersebut dalam keadaan mata tertutup. Mereka tidak dapat menahan diri sedikit pun untuk berbohong demi untuk sampai kepada matlamat ini; namun pada satu ketika mereka akan terlupa tentang pembohongan yang telah mereka lakukan apabila mereka menganggap hadis lain yang diriwayatkan oleh orang yang pernah mereka dhaifkan itu sebagai muktabar.

Kata-kata Muḥammad Nāṣir Al-Bānī yang saling bertentangan.

Muḥammad Nāṣir Al-Bānī yang digelar Wahabi sebagai Al-Bukhārī di zamannya dan dihitung sebagai Mujaddid agama dikurun ke-14 turut terjebak dalam masalah pertentangan antara pendapatnya sendiri:

Pertentangan yang pertama:

Di dalam kitab Ẓilāl Al-Jannah (ظلال الجنة) jilid 1 halaman 337, hadis nombor 1188 beliau telah mengeluarkan riwayat tersebut. Oleh kerana persanadan daripada Abū Balj, beliau menganggap hadis tersebut sebagai Hasan dengan mengatakan:

إسناده حسن ورجاله ثقات رجال الشيخين غير أبي بلج واسمه يحيى بن سليم بن بلج قال الحافظ صدوق ربما أخطأ.

Persanadannya Hasan dan rijalnya adalah thiqat menurut Al-Bukhārī dan Muslim kecuali Abū Balj yang nama sebenarnya ialah Yaḥyā bin Sulaym bin Balj. Al-Ḥāfiz mengatakan beliau sebagai Ṣadūq dan boleh jadi tersalah.

Namun di tempat lain, dalam sebuah riwayat yang tidak berkaitan dengan topik kelebihan Ahlul Bait (a.s), beliau secara terus terang mengatakan Abū Balj sebagai thiqah. Di dalam kitab Al-Silsilah Al-Ṣaḥiḥah, jilid 3 halaman 474, di bawah hadis ke-1400 beliau menulis:

قلت : و هذا إسناد جيد رجاله ثقات ، و يحيى بن أبي سليم هو أبو بلج الفزاري ، و هو بكنيته أشهر .

Saya mengatakan: Persanadan ini adalah baik dan perawinya adalah thiqah, Yaḥyā bin Abī Sulaym adalah Abū Balj Al-Fazārī yang masyhur dengan gelarannya.

Di tempat yang ke tiga, ketika menukilkan riwayat engkau adalah pemimpin setiap orang beriman setelahku (أنت ولى كل مؤمن بعد) yang mengandungi sanad daripada Abū Balj, beliau mengatakan:

فقال الطيالسي (2752 ): حدثنا أبو عوانة عن أبي بلج عن عمرو بن ميمون عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لعلي: «أنت ولي كل مؤمن بعدي».
و أخرجه أحمد (1 / 330 - 331) ومن طريقه الحاكم (3 / 132 - 133) و قال: «صحيح الإسناد»، و وافقه الذهبي، و هو كما قالا.
ألباني، محمد ناصر (متوفاى1420هـ)، السلسلة الصحيحة المجلدات الكاملة، ج5، ص222، ذيل روايت: 2223

Al-Ṭayālisī berkata: Abū ʽAwānah, daripada Abū Balj, daripada ʽAmrū bin Maymūn, sesungguhnya RasuluLlah (s.a.w) bersabda kepada Alī: Engkau adalah pemimpin setiap orang beriman setelahku.
Aḥmad telah menukilkannya dan Al-Ḥākim juga turut menukilkannya dengan jalur tersebut dan berkata: Persanadannya adalah Ṣaḥīḥ. Dhahabī turut bersetuju dengannya. Persanadan itu adalah seperti yang dikatakan (sebagaimana pandangan Al-Ḥākim dan Al-Dhahabī). - Al-Bāni, Muḥammad Nāṣir, Al-Silsilah Al-Ṣaḥīḥah al-Mujalladāt al-Kāmilah, jilid 5 halaman 222, di bawah riwayat 2223.

Di sini beliau langsung mengesahkan pandangan Ḥākim Nishabūrī dan Al-Dhahābī. Sekarang pertanyaan untuk Albānī ialah, pandangan kamu yang manakah benar? Apakah riwayat daripada Abū Balj itu Sahih, baik atau Hasan?

Pertentangan ke-dua:

Kita dapat melihat di sini bahawa riwayat tersebut dikatakannya sebagai Hasan gara-gara keterangan daripada Ibnu Ḥajar Al-ʽAsqalānī  tentang Abū Balj. Beliau di bawah riwayat “ولو رأى حالهن اليوم منعهن” yang dinukilkan daripada ʽAyshah telah mengatakan:

 وهذا إسناد صحيح رجاله كلهم ثقات رجال مسلم غير عبد الرحمن بن أبي الرجال وهو صدوق ربما أخطأ كما في (التقريب).
الباني ، محمد ناصر (متوفاى1420هـ) الكتاب : الثمر المستطاب في فقه السنة والكتاب، ، ج1، ص733، ناشر : غراس للنشر والتوزيع، الطبعة : الأولى.

Perawi dalam sanad-sanad ini adalah Sahih dan semuanya adalah thiqah, perawinya adalah perawi Muslim melainkan ʽAbdul Raḥmān bin Abū Balj, beliau adalah Ṣadūq (bicaranya sangat benar), ada ketika ia tersalah seperti mana di dalam Al-Taqrīb. - Al-Bānī, Muḥammad Nāṣir, Al-Thamar Al-Mustaṭāb fi fiqh Al-Sunnah Wal Kitāb, jilid 1 halaman 733.

Kedudukan kedua-dua riwayat tersebut adalah mirip antara satu sama lain; oleh itu hukumnya hendaklah sekurang-kurangnya sama.

Jikalau riwayat riwayat “أنت خليفتى فى كل مؤمن بعدي” dikatakan sebagai Hasan gara-gara persanadannya mempunyai perawi bernama Abū Balj Al-Fazārī yang disebut Ibnu Ḥajar sebagai “beliau adalah Ṣadūq, ada ketika ia tersalah”, maka riwayat “ولو رأى حالهن اليوم منعهن” hendaklah dikatan sebagai Hasan juga kerana Ibnu Ḥajar juga mengeluarkan pandangan yang sama tentang riwayat tersebut.

Jikalau riwayat ini Sahih; maka riwayat “Engkau adalah khalifah setiap orang beriman setelahku” juga hendaklah dikatakan Sahih juga.

Pertentangan ke-tiga

Sebagaimana Al-Bānī telah mengatakan Hasan untuk riwayat “Engkau adalah khalifah setiap orang beriman setelahku”, namun dalam kitabnya yang lain hadis beliau berteriak bahawa hadis “Sesungguhnya dia adalah khalifahku setelahku” sebagai riwayat yang batil dan ianya direka cipta oleh Syiah serta tidak Sahih dari segenap sisi:

وأما ما يذكره الشيعة في هذا الحديث وغيره أن النبي صلى الله عليه و سلم قال : في علي رضي اله عنه : إنه خليفتي من بعدي . فلا يصح بوجه من الوجوه . بل هو من أباطيلهم الكثيرة .
السلسلة الصحيحة، ج4، ص330، ح1750

Namun apa yang disebut oleh Syiah tentang Hadis ini dan yang lainnya, bahawa Nabi (s.a.w) bersabda tentang ʽAlī (r.a): “Sesungguhnya beliau adalah khalifahku setelahku”, ianya tidak Sahih dari sisi mana pun. Bahkan ianya daripada kebanyakan kebatilan mereka (Syiah). - Al-Silsilah Al-Ṣaḥīḥah, jilid 4 halaman 330, hadis nombor 1750.

Wahai Al-Bānī! Apakah ini dikatakan sebagai tatatertib beramanah dan saksama?

Maka diketahuilah bahawa neraca timbangan dan perbandingan Al-Bānī adalah menuruti orang yang terdahulu daripada golongannya, bukan daripada pertimbangan ilmu rijal yang sedia maklum. Bahkan di mana sahaja ada riwayat yang memberi kelebihan kepada Ahlul Bait Nabi, beliau akan berusaha untuk menurunkan darjat nilai riwayat tersebut seboleh mungkin sambil menyembunyikan kebenaran. Namun mengenai masalah lain, ketika itu juga beliau menyatakan kebenaran dari perspektif penilaian ilmu.

Kesimpulan:

Menurut apa yang telah disebutkan, Sanad hadis ini tidak mempunyai sebarang masalah. Oleh itu terbuktilah bahawa RasuluLlah (s.a.w) telah menggunakan rangkaikata “وَأَنْتَ خَلِيفَتِي فِي كُلِّ مُؤْمِنٍ مِنْ بَعْدِي” untuk ʽAlī bin Abī Ṭālib.


 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini