Benarkah menyeru Ya Allah, Ya Rasulallah, Ya Ali dan Ya Husain boleh menyebabkan syirik?
Kod: 281533 Tanggal: 2011/12/01Sumber: ABNA.coprint

Benarkah menyeru Ya Allah, Ya Rasulallah, Ya Ali dan Ya Husain boleh menyebabkan syirik?


 Benarkah menyeru Ya Allah, Ya Rasulallah, Ya Ali dan Ya Husain boleh menyebabkan syirik?
Pertamanya, pernyataan bahawa Allah memerintahkan supaya menyeru dengan nama-Nya sahaja, bukan dengan perantaraan (wasilah) adalah tidak lebih dari satu tuduhan semata-mata.

Keduanya, Allah (s.w.t) berfirman dalam satu ayatnya:

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ . غافر / 60 .


Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Surah Al-Ghafir, ayat 60.

Selain itu, Allah (s.w.t) turut berfirman:

يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اتَّقُواْ اللَّهَ وَ ابْتَغُواْ إِلَيْهِ الْوَسِيلَة . المائده / 35 .


Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (wasilah) untuk mendekati-Nya. - Al-Maidah ayat 35.

Begitu juga kisah saudara-saudara nabi Yusuf (a.s) yang meminta ampun dosa-dosa mereka melalui wasilah Nabi Ya'qub (a.s):

يَا أَبَانَا اسْتَغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا إِنَّا كُنَّا خَاطِئِينَ .



Wahai bapa kami, mohonlah keampunan dosa untuk kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah. - Surah Yusuf ayat 97-98

Nabi Ya'qub (a.s) juga berjanji akan memohon keampunan mereka daripada Allah (s.w.t) dalam masa terdekat:

قَالَ سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ . يوسف / 97 و 98 .



Baginda bersabda: Akan ku mohon keampunan daripada Tuhanku untuk kalian, Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. - Surah Yusuf, ayat 97-98.

Jikalaulah tawassul dengan selain daripada Allah dikatakan syirik, sudah tentu Nabi Ya'qub tidak akan mengatakan demikian. Begitu juga sebuah ayat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) mengatakan:

وَلَوْ
أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ
وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا .
النساء / 64 .



Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalumemohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. Surah An-Nisa, ayat 64.

Ayat ini secara jelas mengatakan bahawa orang berdosa yang datang kepada Rasulullah (s.a.w) memohon keampunan daripada Allah melalui baginda bukan sahaja tidak dikatakan syirik, bahkan ia adalah sebab mendapat keampunan dan rahmat Ilahi.

Jikalaulah mengambil perantaraan dalam berdoa, memohon keampunan dan syafaat daripada Rasulullah (s.a.w) dikatakan syirik, mengapakah Allah (s.w.t) memberi arahan tersebut kepada orang yang berdosa?

Dengan noktah-noktah penting ini, hendaklah kita ambil perhatian bahawa Rasulullah (s.a.w) bukanlah pengampun dosa, namun baginda hanya mampu memohon pengampunan daripada Allah (s.w.t) dengan kedudukannya sebagai hamba terpilih di sisi Tuhan. Apabila Allah (s.w.t) menerima syafaat mereka, maka hakikatnya yang memberi keampunan adalah Allah (s.w.t).
 



Komen Pembaca

- [Anti-Syiah] Rasulullah S.A.W merupakan rasul terulung yg sepatutnya disanjungi...Syiah adalah golongan yg menentang baginda... ini sudah jelas bahawa Syiah adalah SESAT....


- [Fata at Tamimi - Ahlul Bayit] "Benarkah menyeru Ya Allah, Ya Rasulallah, Ya Ali dan Ya Husain boleh menyebabkan syirik"

PERBUAT TERSEBUT ADA-LAH SYIRIK ATAS SEBAB MENYEKUTUKAN ALLAH SWT.


- [Islam] Bagaimana pula Syiah boleh digolongkan menentang Rasulullah, sedangkan mereka inilah yg begitu mencinta Rasulullah dan ahlul bait baginda. bila disebutkan "Innallah hawamala ikatahu yusollu na'alannabi, ya aiyuhallazi na amanu sollu 'alaihi wasallimu taslima" - mereka ini yg terlebih dahulu berselawat kepada nabi dan keluarga baginda. tetapi sunni hanya mendiamkan diri apabila diseru ayat ini utk berselawat ke atas nabi dan keluarga baginda apabila imam2 di masjid membacakan ayat2 ini.. walhal imam ini dari kalangan sunni sendiri... tetapi sunni sendiri yg buta hati dan tidak memahami apa yg diperintahkan....


- [Hizbullah JB] Ini adalah sebagaimana tersebutnya sholawat di dalam Tahiyyat Akhir, mengapa diberikan kehormatan / keutamaan terlalu tinggi kepada Nabi Ibrahim serta keluarganya & Nabi Muhammad serta keluarganya di dalam Solat - bukan sahaja dibolehkan, malahan sampai2 hukumnya WAJIB.

Jadi, mengapa Allah memerintahkan kita untuk menyebut nama2 ini di dalam Solat selain nama-NYA? Jawapannya sepertimana di dalam Quran di Surah Al Maidah ayat 35.

Shollu alan Nabi wa Alihi sholawat....



E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini