Penghinaan Ibnu Taimiyah terhadap keluarga Rasulullah (s.a.w) [bahagian 1]
Kod: 297517 Tanggal: 2012/02/19Sumber: ABNA.coprint

Penghinaan Ibnu Taimiyah terhadap keluarga Rasulullah (s.a.w) [bahagian 1]


 Penghinaan Ibnu Taimiyah terhadap keluarga Rasulullah (s.a.w) [bahagian 1]


Salah satu karakter jelas pada Ibnu Taimiyah ialah menentang dan berseteru secara terbuka dengan Ahlul Bait Rasulullah (s.a.w) seperti Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (a.s). Kebiadaban beliau terhadap Ali, Fatimah dan Ahlul Bait yang lain terlalu banyak keterangannya di mana beberapa perkara tersebut akan ditampilkan di sini sebagai rujukan. Sebelum memulakan perbahasan ini, kita hendaklah memahami makna dan hukum nasibi menurut Ahlusunnah Wal Jama’ah terlebih dahulu supaya jelas, apakah Ibnu Taimiyah boleh dikatakan seorang nasibi atau tidak.

Al-Zubaidi di dalam kitab Taj Al-‘Arus berkata:
النواصب ، والناصبية ، وأهل النصب : وهم المتدينون ببغضة سيدنا أمير المؤمنين ويعسوب المسلمين أبي الحسن علي بن أبي طالب ، رضي الله تعالى عنه وكرم وجهه ؛ لأنهم نصبوا له ، أي : عادوه .
تاج العروس ،‌ ج2 ،‌ ص436 ، ماده «نصب» .
Al-Nawasib, dan Al-Nāṣibiyyah, dan Ahl Al-Naṣb: Mereka menjadikan agama mereka sebagai kebencian terhadap Saidina Amīrul Mu’minīn, raja umat Islam Abī Al-Ḥasan ʻAlī bin Abī Ṭālib, RaḍiyaLlāhu ʻAnhu, kerana mereka mempunyai nasibi kepadanya, iaitu perseteruan.
Tāj Al-ʻArūs, jilid 2 halaman 436

Ibnu Ḥajar Al-ʻAsqalānī menulis:
والنصب، بغض علي وتقديم غيره عليه .
مقدمة فتح الباري ، ص460 .

Naṣibī ialah kebencian kepada ‘Alī dan mendahulukan yang lain (Muʻawiyah) ke atas nya.

Ḥasan bin Farḥān Mālikī, salah seorang ulama Arab Saudi menulis:

النصب فهو كل انحراف عن على واهل البيت سواء بلعنه أو تفسيقه ، كما كان يفعل بعض بنى أمية أو بالتقليل من فضائله كما يفعل محبّوهم أو تضعيف الأحاديث الصحيحة في فضله أو عدم تصويبه في حروبه أو التشكيك فى شرعيّة خلافته وبيعته أو المبالغة فى مدح خصومه ، فهذا وأمثاله هو النصب .
نحو إنقاذ التاريخ الإسلامي ، ص 298، الناشر مؤسسة اليمامة الصحفيّة ، الاردن ، ط . 1418 هجرية .

Naṣb adalah setiap penyimpangan terhadap ʻAlī dan Ahlul Bait samada melaknatnya atau menganggapnya sebagai fāsiq, sepertimana yang dilakukan oleh sebahagian Banī Umayyah, atau juga mengurangkan kelebihan beliau, sebagaimana yang dilakukan oleh mereka yang menyintai mereka (Banī ʼUmayyah), atau menḍaʻifkan hadis-hadis sahih tentang kelebihannya, atau menganggap ʻAlī tidak betul dalam peperangannya (Ṣiffīn dan Nahrawān), atau mengesyaki kekhalifahannya yang sah menurut hukum syarak dan mengesyaki pembaiatan terhadapnya, atau berlebih-lebihan dalam memuji musuh beliau, maka orang ini dan sepertinya adalah Al-Naṣb. - Nahu Inqādh Al-Tārīkh Al-Islāmī, halaman 298.

Mengenai hukum nāṣibī, ulama besar Ahlusunnah seperti Ibnu Ḥabbān menulis:

أن رسول  الله (صلى الله عليه وآله وسلم) قال : والذي نفسي بيده لا يبغضنا أهل البيت رجل إلا أدخله الله النار .
صحيح ابن حبان‌، ج15 ص435 .

Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) bersabda: Demi jiwaku ditanganNya, tidak seorang pun yang membenci kami Ahlul Bait melainkan Allah memasukkannya ke dalam neraka. - Ṣaḥīḥ Ibnu Ḥabbān, jilid 15 halaman 435.

Ḥākim Nishabūrī setelah menukilkan hadis ini menulis:

هذا حديث صحيح على شرط مسلم ولم يخرجاه .
المستدرك: ج3 ص162، تحقيق: مصطفى عبد القادر عطا، ط1 سنة 1990، دار الكتب العلمية – بيروت .

Hadis ini sahih menurut syarat Muslim dan kedua-dua mereka (Al-Bukhārī dan Muslim) tidak pernah mengeluarkannya. - Al-Mustadrak, jilid 3 halaman 162.

Al-Bānī, salah seorang ulama Wahhabi di zaman ini turut menukilkan hadis ini di dalam kitab Al-Silsilah, jilid 5 halaman 643 (السلسلة ، ج5 ص643، مكتبة المعارف – الرياض).

Terdapat banyak lagi riwayat yang menunjukkan bahawa barangsiapa yang di dalam hatinya ada perasaan benci terhadap Ahlul Bait Nabi, maka status kelahirannya diragui. Menurut Ḥafiẓ Ḥamwainī di dalam kitab Farā’d Al-Samṭayn:

عن زيد بن يثيع قال سمعت  أبا بكر الصديق يقول: قال: رأيت رسول اللّه (ص) خيّم خيمة وهو متكئ على قوس عربيّة، وفي الخيمة علي وفاطمة والحسن والحسين فقال: «معشر المسلمين أنا سلم لمن سالم هل الخيمة، حرب لمن حاربهم، ولي لمن والاهم، لا يحبّهم إلاّ سعيد الجد طيب المولد، ولا يبغضهم إلاّ شقي الجد رديء المولد»، فقال رجل يازيد أ أنت سمعت منه؟ قال: أي وربّ الكعبة.
فرائد السمطين ، ج2 ، ص40 ، ح 373 و المناقب ، الخوارزمي ، ص 297 ، ح 291 (211) و جواهر المطالب ، محمد بن الدمشقي الشافعي ، ج1 ، ص174 .

Diriwayatkan daripada Zayd bin Yathīyʻ, beliau berkata aku mendengar bahawa Abu Bakar Al-Ṣiddīq berkata: Aku telah melihat Rasulullah (s.a.w) mendirikan khemah sambil menyandang panah. Di dalam khemah ada Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Maka baginda bersabda: Wahai kaum muslimin! Aku damai dengan orang yang sejahtera dengan penghuni khemah, aku perangi orang yang memerangi mereka, aku pemimpin bagi mereka yang mengangkat mereka sebagai pemimpin, tidak ada yang menyintai mereka kecuali leluhurnya yang bahagia dan ia dari kelahirannya baik. Tidak membenci mereka kecuali leluhurnya yang celaka dan kelahirannya adalah durjana. Seorang lelaki pun bertanya: Wahai Zaid, benarkah engkau sendiri mendengarnya daripada baginda? Beliau menjawab: Benar, demi Tuhan Kaʻbah. - Farāʼid Al-Samṭayn, jilid 2 halaman 40, hadis 373; Al-Manāqib Al-Khawārizmī, halaman 297, hadis 291; Jawhar Al-Maṭālib, Muḥammad bin Al-Dimashqī Al-Shāfiʻī, jilid 1 halaman 174.

Ibnu Murdawayh turut menulis:

عن عبد الله بن أحمد بن حنبل ، عن أحمد ، قال : سمعت الشافعي يقول : سمعت مالك بن أنس يقول : قال أنس بن مالك : ما كنا نعرف الرجل لغير أبيه إلا ببغض علي ابن أبي طالب .
مناقب علي بن أبي طالب (ع) وما نزل من القرآن في علي (ع) - أبي بكر أحمد بن موسى ابن مردوية الأصفهاني - ص 76 .

Diriwayatkan daripada ʻAbdullah bin Ahmad bin Hanbal, daripada Ahmad yang berkata: Aku telah mendengar Malik bin Anas berkata: Kami tidak mengenali seorang lelaki yang tidak berbapakan ayahnya kecuali dengan kecuali ia membenci Ali bin Abi Talib. - Manāqib ʻAlī bin Abī Ṭalib Wa Ma Nazzala minal Qurʼan Fi ʻAlī, Abī Bakr Aḥmad bin Mūsā Ibnu Mardawiyyah Al-Iṣfahānī, halaman 76.

Oleh itu neraca timbangan suci atau tidak suci kelahiran seseorang itu ialah kasih dan bencinya terhadap Ali bin Abi Talib (a.s). Barangsiapa yang menyintai Ali, maka status kelahirannya adalah suci. Namun barangsiapa yang membenci Ali, maka beliau lahir sebagai anak luar nikah. Terdapat berpuluh-puluh riwayat mengenai perkara ini di dalam sumber-sumber Ahlusunnah. Namun memadailah hanya dua riwayat dikemukakan di sini.

Setelah memahami noktah-noktah penting yang diingatkan di sini, marilah kita lihat ucapan Ibnu Taimiyah mengenai Nabi (s.a.w), Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib dan Ahlul Bait.

Ibnu Taimiyah menganggap ayahanda Nabi (s.a.w) sebagai kafir:

Di dalam kitab Majmūʻ Al-Fatawā, Ibnu Taimiyah menulis:

التوسل بدعائه وشفاعته ينفع مع الايمان به، واما بدون الايمان به فالكفار والمنافقون لا تغنى عنهم شفاعه الشافعين فى الاخره، ولهذا نهى عن الاستغفار لعمه وابيه وغيرهما من الكفار !.

Tawassul dengan doa baginda (Nabi s.a.w) dan dengan syafaat baginda memberi manfaat bersama keimanan kepadanya. Namun tanpa iman kepadanya, maka orang kafir dan munafik tidaklah mendapat syafaat pemberi syafaat di hari akhirat. Oleh itu tidak dibenarkan beristighfar untuk pakcik dan ayah baginda termasuk orang kafir selain daripada mereka berdua.

Sebagai tambahan, Ibnu Taimiyah berkata:

وقد يدعو لبعض الكفار بأن يهديه اللّه او يرزقه، فيهديه او يرزقه، كما دعا لأمّ أبى هريرة حتى هداها اللّه ! . وكما دعا لدوس - قبيلة ابى هريرة - فقال: «اللهم اهد دوسا وائت بهم» فهداهم اللّه ! .
 مجموع الفتاوى ، ج1 ،‌ ص145 و التوسل والوسيلة ‌، ص 7.

Kadangkala baginda berdoa untuk sebahagian orang kafir supaya Allah memberi hidayah kepadanya, seperti mana baginda berdoa kepada ibu Abu Hurairah sehingga Allah memberi hidayah kepadanya!..  -  Majmuʻ Al-Fatāwā, jilid 1 halaman 145; Tawassul Wal Wasīlah, halaman 7.

Apakah kedudukan orangtua Abu Hurairah lebih mulia daripada ayah Nabi? Artikel ini bukanlah ingin membuktikan keimanan ayah dan ibu para nabi secara terperinci, namun cukuplah diringkaskan di sini sebagai berikut:

Fakhruddin, ahli tafsir terkenal Ahlusunnah ketika membuktikan Azar sebagai bapa saudara Nabi Ibrahim mengatakan:

أن آباء الأنبياء ما كانوا كفارا ويدل عليه وجوه : منها قوله تعالى : * ( الذي يراك حين تقوم * وتقلبك في الساجدين ) * ( الشعراء : 218 ، 219 ) . قيل معناه : إنه كان ينقل روحه من ساجد إلى ساجد وبهذا التقدير : فالآية دالة على أن جميع آباء محمد عليه السلام كانوا مسلمين .

Sesungguhnya bapa-bapa para nabi bukanlah orang kafir, dan banyak dalil yang menunjukkan perkara ini seperti firman Allah Taʻala:

Yang melihatmu semasa engkau berdiri. Dan gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. (Surah Al-Shuʻaraʼ, ayat 218-219)

Dikatakan makna ayat ini ialah: Sesungguhnya roh Rasulullah berpindah daripada seorang yang sujud kepada orang yang sujud. Dengan ini, ayat tersebut menunjukkan bahawa seluruh bapa-bapa Muhammad (a.s) adalah orang Islam.

Sebagai tambahan, beliau menulis:

ومما يدل أيضا على أن أحدا من آباء محمد عليه السلام ما كان من المشركين قوله عليه السلام : " لم أزل أنقل من أصلاب الطاهرين إلى أرحام الطاهرات " وقال تعالى : * ( إنما المشركون نجس ) * ( التوبة : 28 ) وذلك يوجب أن يقال : إن أحدا من أجداده ما كان من المشركين .
تفسير الرازي - الرازي - ج 13 - ص 39 .

Petunjuk bahawa tidak seorang pun bapa-bapa Muhammad (a.s) itu musyrik ialah baginda bersabda: Aku sentiasa berpindah dari tulang-tulang sulbi yang suci, ke rahim-rahim yang suci. Allah (s.w.t) berfiman: Hanyasanya orang musyrikin adalah najis (Surah Taubah, ayat 28), oleh itu hendaklah dikatakan tidak seorangpun nenek moyang baginda yang musyrik. - Tafsir Al-Razi, jilid 13 halaman 39.

Al-Alusi turut memberi pandangannya tentang perkara ini:

قال الآلوسي: أنّه ليس فى آباء النبي صلى اللّه عليه وسلّم كافر أصلا لقوله (ع) «لم أزل انقل من اصلاب الطاهرين الى ارحام الطاهرات». والمشركون نجس، وتخصيص الطهارة بالطهارة من السفاح لا دليل له يعول عليه والعبرة لعموم اللفظ لا لخصوص السبب. وقد ألّفوا في هذا المطلب الرسائل واستدلّوا له بما استدلوا والقول بأنّ ذلك قول الشيعة كما ادعاه الإمام الرازي  ناشيء من قلّة التتبع .
تفسير الآلوسي ، ج7 ،‌ ص195.

Al-Alusi berkata: Sesungguhnya tidak seorang pun bapa-bapa Nabi (s.a.w) yang kafir kerana baginda bersabda: Aku sentiasa berpindah dari tulang-tulang sulbi suci ke rahim-rahim yang suci. Orang-orang musyrik adalah najis, dan tidak ada dalil untuk disandarkan dengan pengkhususan kesucian itu sebagai suci dari zina. Perkara ini adalah lafaz yang umum, bukan khusus. Banyak makalah-makalah telah ditulis tentang perkara ini dengan menggunakan dalil-dalil. Pendapat bahawa itu hanyalah kata-kata Syiah (seperti juga yang didakwa oleh Imam Fakhruddin Al-Razi) adalah akibat daripada kurang penyelidikan. - Tafsir Al-Alusi, jilid 7 halaman 195

Selain daripada ini semua, Al-Ṣaliḥī Al-Shāmī dan Al-Rashād menulis:

وسئل القاضي أبو بكر بن العربي أحد الأئمة المالكية رحمه الله تعالى عن رجل قال : إن أبا النبي صلى الله عليه وسلم في النار . فأجاب : بأن من قال ذلك فهو ملعون لقوله تعالى : ( إن الذين يؤذون الله ورسوله لعنهم الله في الدنيا والآخرة ) قال ولا أذى أعظم من أن يقال عن أبيه : إنه في النار .
سبل الهدى والرشاد - الصالحي الشامي - ج 1 - ص 260 .
Al-Qādī Abū Bakr bin Al-ʻArabī, salah seorang Imam Al-Mālikiyyah ditanya tentang seseorang yang berkata: Sesungguhnya bapa Nabi (s.a.w) di dalam neraka. Maka beliau menjawab: Barangsiapa yang berkata berkata demikian, maka ia dilaknat kerana Allah (s.w.t) berfirman: Barangsiapa yang menyakiti Allah dan RasulNya, mereka itu dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat. Beliau berkata: Tiada yang lebih besar menyakiti baginda dengan mengatakan tentang ayahnya: Bahawa ia di dalam neraka.

Dan riwayat ini menjadikan laknat dan kekafiran orang yang mempunyai kepercayaan bahawa ayah-ayah Nabi adalah kafir.

Mengingkati kelebihan Ahlul Bait:

Ibnu Taimiyyah tidak segan silu mengingkari kelebihan keluarga Rasulullah (s.a.w). Selain itu ia turut menganggap kepercayaan tentang kelebihan Ahlul Bait Rasulullah (s.a.w) daripada orang lain adalah pemikiran jahiliyah dan Yahudi. Ia berkata:

وإنما قال من فيه أثر جاهلية عربية أو فارسية إن بيت الرسول أحق بالولاية لكون العرب كانت في جاهليتها تقدم أهل بيت الرؤساء وكذلك الفرس يقدمون أهل بيت الملك
منهاج السنة ، ج 6 ، ص456.

Hanyasanya orang yang dipengaruhi kesan jahiliyah Arab atau Parsi berkata: Sesungguhnya keluarga Rasulullah lebih berhak dalam kepimpinan, seperti mana bangsa Arab jahiliyah mengutamakan Ahlul Bait sebagai ketua. Demikian juga bangsa Parsi mengutamakan keluarga diraja sebagai ketua.

Di tempat lain ia mengatakan:
قالت اليهود لا يصلح الملك إلا في آل داود وقالت الرافضة لا تصلح الإمامة إلا في ولد علي
منهاج السنّة ، ج1  ، ص25.

Yahudi mengatakan, tidak sesuai menjadi raja kecuali daripada kalangan keluarga Daud. Rafidhah (Syiah Imamiyah) pula berkata, tidak sesuai menjadi imam kecuali daripada anak-anak Ali. - Minhāj Al-Sunnah, jilid 1 halaman 25.

Hakikatnya, Ibnu Taimiyyah berkata demikian kerana mengingkari dan memprotes Allah (s.w.t) kerana terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran menjelaskan kelebihan Ahlul Bait Nabi daripada orang lain. Cukuplah beberapa ayat ditampilkan di sini secara ringkas:

Setelah menyebut 18 orang para Nabi, Allah (s.w.t) berfirman:

وَ كُلاًّ فَضَّلْنَا عَلىَ الْعَلَمِينَ(86) وَ مِنْ ءَابَائهِمْ وَ ذُرِّيَّاتهِمْ وَ إِخْوَانهِمْ وَ اجْتَبَيْنَاهُمْ وَ هَدَيْنَاهُمْ إِلىَ‏ صرِاطٍ مُّسْتَقِيمٍ(87)
Kami lebihkan darjat mereka ke atas umat-umat sedunia (86) Daripada ayah-ayah mereka dan keturunan-keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami tunjukkan mereka ke jalan yang lurus (87)

Persoalan kita kepada Ibnu Taimiyyah ialah: Apakah dalil kelebihan darjat keluarga nabi-nabi? Apakah boleh dikatakan kerana dipengaruhi pemikiran jahiliyyah?

إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى آَدَمَ وَنُوحًا وَآَلَ إِبْرَاهِيمَ وَآَلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ (33)

Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat. - Surah Al ʻImran ayat 33

Apakah keutamaan yang diberikan Allah ke atas keluarga Ibrahim dan keluarga ʻImran disebabkan kesan-kesan pengaruh pemikiran Yahudi atau jahiliyyah?

Ataupun di dalam ayat lain, Allah (s.w.t) berfirman:

وَوَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِ النُّبُوَّةَ وَالْكِتَابَ وَآَتَيْنَاهُ أَجْرَهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الْآَخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ (27)

Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya) dan Yaakub (cucunya); dan Kami jadikan dalam kalangan keturunannya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab ugama; dan Kami berikan balasannya yang baik di dunia; dan sesungguhnya adalah ia, pada hari akhirat, dari orang-orang yang soleh. Surah Al-ʻAnkabut, ayat 27.
Apakah dapat dikatakan bahawa menjadikan kenabian dan penerimaan kitab di kalangan keluarga Ibrahim dan mendahulukan mereka daripada yang lain berasal dari pemikiran jahiliyah?

Begitu juga ketika Allah (s.w.t) berbicara kepada Nabi Ibrahim (a.s):

وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ

Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya.

قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا

(Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia".
قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي

Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)".

قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ (124)

Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim." - Surah Al-Baqarah Ayat 124.


Apakah permohonan Ibrahim (a.s) boleh dikatakan daripada akidah jahiliyah atau keyahudian? Atau Yahudi wujud bertahun-tahun sebelum Ibrahim (a.s)?

Walau bagaimana pun, golongan Syiah mendahulukan Ahlul Bait Rasul ke atas umat dan mengkhususkan keimamahan, kekhalifahan adalah berasal dari sumber Al-Quran dan ucapan Nabi (s.a.w). Hakikatnya Allah (s.w.t) sendiri yang melebihkan Ahlul Bait daripada umat. Banyak dalil daripada ayat Al-Qurʼan seperti:

Ayat Al-Mubāhalah

فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ (61)

Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". Surah Al ʻImran ayat 61

Kisah Mubahalah telah dinukilkan dengan berbagai sanad yang muktabar seperti Muslim Nisyaburi menulis di dalam Sahih Muslim:

وَلَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ ( فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ) دَعَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَلِيًّا وَفَاطِمَةَ وَحَسَنًا وَحُسَيْنًا فَقَالَ « اللَّهُمَّ هَؤُلاَءِ أَهْلِى ».
صحيح مسلم ، ج7 ،‌ ص120 ط. محمد على صبيح ، بمصر ، ودار الفكر ـ بيروت ، (5/23 ح32) ، كتاب فضائل الصحابة ، باب فضائل علي رضي اللّه عنه و مسند أحمد ، ج1 ، ص185 و صحيح الترمذي ، ج5 ، ص596 و المستدرك على الصحيحين ،‌ ج3 ، ص150 و فتح الباري ، ج7 ، ص60 و تفسير الطبري ،‌ ج3 ،‌ ص212 و الدر المنثور ، ج2 ، ص38 و الكامل في التاريخ ، ج2 ، ص293 .

Tatkala turun ayat ini:

“Maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu” Rasulullah (s.a.w) memanggil Ali, Fatimah, Hasan dan Husain dan bersabda: Ya Allah, mereka ini keluargaku.

- Sahih Muslim, jilid 7 halaman 120; Kitab Fadhaʼil Al-Shahabah, bab Fadhaʼil ʻAli, jilid 1 halaman 185; Sunan Al-Tarmizi, jilid 5 halaman 596, Mustadrak Al-Hakim, jilid 3 halaman 150; Fathul Bari jilid 7 halaman 60; Tafsir Al-Tabari, jilid 3 halaman 212; Dur Al-Manthur, jilid 2 halaman 38 dan Al-Kamil Fi Al-Tarikh, jilid 2 halaman 293.

Ibnu Katsir Dimasyqi menulis:

قال جابر " أنفسنا وأنفسكم " رسول الله صلى الله عليه وسلم وعلي بن أبي طالب " وأبناءنا " الحسن والحسين " ونساءنا " فاطمة . وهكذا رواه الحاكم في مستدركه عن علي بن عيسى عن أحمد بن محمد بن الأزهري عن علي بن حجر عن علي بن مسهر عن داود بن أبي هند به بمعناه . ثم قال : صحيح على شرط مسلم ولم يخرجاه هكذا .
تفسير ابن كثير - ابن كثير - ج 1 - ص 379  .

Jabir berkata: “Diri kami dan diri kamu” ialah Rasulullah (s.a.w), Ali bin Abi Talib, “anak-anak kami” ialah Al-Hasan dan Al-Husain. “dan perempuan kami” ialah Fatimah.

Hakim Al-Nisyaburi meriwayatkan demikian daripada Ali bin ʻIsa, daripada Ahmad bin Muhammad bin Al-Azhari, daripada ʻAli bin Hujr, daripada ʻAli bin Mushir, daripada Daud bin Abi Hind dengan maknanya. Kemudian beliau berkata: Sahih di atas syarap Muslim dan mereka berdua (Al-Bukhari dan Muslim) tidak pernah meriwayatkannya. - Tafsir Ibnu Katsir, jilid 1 halaman 379.

Ayat Tathir:

إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا . الأحزاب / 33 .

Hanyasanya Allah berkehendak menghilangkan kenistaan daripada kalian Ahlul Bait dan menyucikan kamu seseuci-sucinya (33) - Surah Al-Ahzab, ayat 33.

Muslim Nisyaburi di dalam kitab Sahihnya menulis:

قَالَتْ عَائِشَةُ خَرَجَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم غَدَاةً وَعَلَيْهِ مِرْطٌ مُرَحَّلٌ مِنْ شَعْر أَسْوَدَ فَجَاءَ الْحَسَنُ بْنُ عَلِيّ فَأَدْخَلَهُ ثُمَّ جَاءَ الْحُسَيْنُ فَدَخَلَ مَعَهُ ثُمَّ جَاءَتْ فَاطِمَةُ فَأَدْخَلَهَا ثُمَّ جَاءَ عَلِيٌّ فَأَدْخَلَهُ ثُمَّ قَالَ: إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا .
صحيح مسلم ، ج7 ،‌ ص130 ، ح 6414 ، كتاب الفضائل باب فضائل أهل البيت .

ʻAisyah berkata: Nabi (s.a.w) keluar awal-awal pagi dengan memakai selimut bulu hitam. Kemudian datanglah Al-Hasan bin ʻAli baginda memasukkannya. Kemudian datanglah pula Al-Husain, baginda memasukkannya. Datanglah Ali, maka baginda pun memasukkannya, kemudian datang Al-Husain, maka baginda masuk bersamanya. Kemudian datang Fatimah, maka baginda memasukkannya. Datang pula Ali, baginda pun memasukkannya lantas bersabda: “Sesungguhnya Allah berkehendak menghilangkan kenistaan daripada kalian hai Ahlul Bait, dan menyucikan kalian sesuci-sucinya.” - Sahih Muslim, jilid 7 halaman 130.

Ayat Selawat.

إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَـلـِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِىِّ يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوا تَسْلِيمًا ). الأحزاب / 56 .
Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah ke atasnya dan ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” - Surah Al-Ahzab, ayat 56.

Setelah turun ayat ini, seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah (s.a.w):

Bagaimanakah cara kami ingin menyampaikan selawat? Baginda bersabda:

قولو اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على ابراهيم وعلى آل ابراهيم، وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على ابراهيم وعلى آل ابراهيم .


Katakanlah: Ya Allah, sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau berselawat ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Ya Allah berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim.

چنانچه محمد بن اسماعيل بخاري در صحيحش مي‌نويسد :

Begitu juga seperti apa yang Muhammad bin Ismail Al-Bukhari catatkan di dalam kitab Sahihnya:

عن عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ أَبِي لَيْلَى، قَالَ لَقِيَنِي كَعْبُ بْنُ عُجْرَةَ فَقَالَ أَلاَ أُهْدِي لَكَ هَدِيَّةً سَمِعْتُهَا مِنَ النَّبِيِّ، صلى الله عليه وسلم فَقُلْتُ بَلَى، فَأَهْدِهَا لِي. فَقَالَ سَأَلْنَا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ الصَّلاَةُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ عَلَّمَنَا كَيْفَ نُسَلِّمُ. قَالَ " قُولُوا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد، وَعَلَى آلِ مُحَمَّد، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّد، وَعَلَى آلِ مُحَمَّد، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ .
صحيح البخاري ، ج4 ، ص119 ، ح 3405 ، كتاب بدء الخلق .

Daripada Abdul Rahman bin Abi Laila: Kaʻb bin ʻUjrah menemuiku dan berkata: Tidakkah aku akan memberikan kepadamu sebuah hadiah yang telah aku dengar daripada Rasulullah (s.a.w)? Maka Kaʻb pun menjawab: Bahkan iya, hadiahkanlah untukku. Maka ia pun berkata: Kami bertanya kepada Rasulullah (s.a.w): Wahai Rasulullah, bagaimanakah selawat ke atas kamu Ahlul Bait. Sesungguhnya Allah hanya mengajar kami bagaimana cara memberikan salam. Maka ia pun berkata: Katakanlah: Ya Allah, sampaikanlah selawat untuk Muhammad untuk Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau berselawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim, sesungguhnya engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. - Sahih Al-Bukhari, jilid 4 halaman 119, hadis ke 3405.

Ayat Al-Mawaddah:

قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيهِ أَجْرَاً إِلاّ المَوَدَّةَ فِي القُرْبَى . الشورى / 23.

“Katakanlah (Hai Muhammad), aku tidak meminta upah (atas seruan risalah kenabian) melainkan kecintaan terhadap kaum kerabat.” - Surah Syura, ayat 23.

Ayat suci ini menyatakan kewajipan mencintai dan mengasihi Ahlul Bait di mana kebanyakan ulama Ahlusunnah pun mengakuinya.


Syaikh Hasan bin ʻAli Al-Saqqaf di dalam kitabnya “Sahih Syarhul ʻAqidah Al-Tahawiyyah” (صحيح شرح العقيدة الطحاوية) menulis:

محبة آل بيت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فريضة عقائدية من الله تعالى على كل مسلم ومؤمن ، والدليل عليها من القرآن قوله تعالى ( قل لا أسألكم عليه أجرا إلا المودة في القربى ) الشورى : 23 . والدليل على تفضيل الله لهم قوله تعالى ( إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيرا ) الأحزاب : 33 .
صحيح شرح العقيدة الطحاوية - حسن بن علي السقاف - ص 653

Mencintai Ahlul Bait Rasulullah (s.a.w) adalah kewajipan fardhu di sisi akidah daripada Allah (s.a.w) ke atas seluruh orang Islam dan orang yang beriman. Dalil ke atasnya adalah daripada Al-Qurʼan iaitu Allah (s.w.t) berfirman: “Katakalah aku tidak meminta upah daripada kalian melainkan kecintaan terhadap kerabat”. - Surah Syura ayat 23. Dalil bahawa Allah meninggikan darjat mereka ialah firman Allah Taʻala: “Hanyasanya Allah berkehendak menghilangkan kenistaan daripada kalian wahai Ahlul Bait dan menyucikan kalian sesuci-sucinya” - Surah Al-Ahzab, ayat 33.

Setelah itu beliau menulis:
والمراد بالأخذ بآل البيت والتمسك بهم هو محبتهم والمحافظة على حرمتهم والتأدب معهم والاهتداء بهديهم وسيرتهم والعمل برواياتهم والاعتماد على رأيهم ومقالتهم واجتهادهم وتقديمهم في ذلك على غيرهم .
صحيح شرح العقيدة الطحاوية - حسن بن علي السقاف - ص 654 .
Yang dimaksudkan dengan mengambil Ahlul Bait dan berpegang dengan mereka ialah mencintai mereka, menjaga penghormatan ke atas mereka, bebuat baik dengan mereka, mengikuti bimbingan mereka dan sirah mereka, beramal dengan riwayat mereka, meyakini pandangan mereka, kata-kata mereka, ijtihad mereka, serta mendahulukan mereka daripada orang lain. - Sahih Syarh Al-ʻAqidah Al-Tahawiyah, Hasan bin Ali Al-Saqqaf, halaman 654.

Beliau menulis tentang siapakan Zawil Qurba dan Ahlul Bait seperti berikut:

وأهل البيت هم سيدنا علي والسيدة فاطمة وسيدنا الحسن وسيدنا الحسين عليهم السلام وذريتهم من بعدهم ومن تناسل منهم للحديث الصحيح الذي نص النبي صلى الله عليه وآله وسلم فيه على ذلك ، ففي الحديث الصحيح : [ نزلت هذه الآية على النبي صلى الله عليه وسلم ( إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيرا ) في بيت أم سلمة ، فدعا النبي صلى الله عليه وسلم فاطمة وحسنا وحسينا فجللهم بكساء وعلى خلف ظهره فجلله بكساء ثم قال : " اللهم هؤلاء أهل بيتي فأذهب عنهم الرجس وطهرهم تطهيرا " . قالت أم سلمة : وأنا معهم يا نبي الله ؟ قال : " أنت على مكانك وأنت إلى خير " . هذا لفظ الترمذي ( 5 / 663 برقم 3787 ) من حديث عمرو بن أبي سلمة ، وهو في " صحيح مسلم " ( 4 / 1883 برقم 2424 ) من حديث السيدة عائشة .
صحيح شرح العقيدة الطحاوية - حسن بن علي السقاف - ص 655 .

Ahlul Bait ialah Sayyidina Ali dan Sayyidah Fatimah, Saidina Hasan dan Saidina Husain (salam ke atas mereka semua); dan keturunan setelah mereka, dan mereka yang mempunyai susur galur daripada mereka dengan hadis Nabi (s.a.w) yang sahih yang diungkapkan dengan jelas oleh Nabi (s.a.w) tentang perkara tersebut. Di dalam hadis sahih: Ayat ini turun kepada Nabi (s.a.w) [Hanyasanya Allah berkehendak menghilangkan kenistaan daripada kamu Ahlul Bait dan menyucikan kamu sesuci-sucinya] di rumah Ummu Salamah. Maka Nabi (s.a.w) pun memanggil Fatimah, Hasan dan Husain dan meletakkan mereka di bawah selimut dan di atas belakangnya. Kemudian baginda bersabda: Ya Allah, mereka ini Ahlul Baitku, maka hilangkanlah kenistaan daripada mereka  dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya. Ummu Salamah berkata: Dan aku juga bersama mereka wahai Rasulullah? Maka Rasullah (s.a.w) pun bersabda: Engkau berada pada kedudukanmu dan engkau menuju kebaikan.” (bermaksud Ummu Salamah bukan daripada Ahlul Bait namun martabat beliau adalah baik) Ini lafaz Al-Tarmizi daripada hadis ʻAmru bin Abi Salamah, dan ia juga ada di dalam Sahih Muslim daripada hadis Sayyidah ʻAisyah. - Sahih Syarh Al-ʻAqidah Al-Tahawiyyah, Hasan bin ʻAli Al-Saqqaf, halaman 655.

Oleh itu, apakah masih boleh dikatakan bahawa akidah meninggikan martabat Ahlul Bait merupakan pemikiran jahiliyyah atau Yahudi? Bolehkan dikatakan bahawa Allah (s.w.t), Rasulullah dan kekasihnya (Naʻuzubillah) dipengaruhi pemikiran Jahiliyah?

Tidakkah kata-kata Ibnu Taimiyyah ini memprotes Allah (s.w.t)?

Pengingkaran terhadap hadis Safinah

Salah satu riwayat terkenal tentang Ahlul Bait yang terdapat di dalam kitab Sunni dan Syiah ialah hadis Safinah. Namun Ibnu Taimiyyah dan sepemikiran dengan beliau cuba mengingkarinya. Di dalam Minhaj Al-Sunnah, beliau menulis:

وأما قوله مثل أهل بيتي مثل سفينة نوح فهذا لا يعرف له إسناد لا صحيح ولا هو في شيء من كتب الحديث التي يعتمد عليها فإن كان قد رواه مثل من يروي أمثاله من حطاب الليل الذين يروون الموضوعات فهذا ما يزيده وهنا.
منهاج السنّة ، ج7 ، ص 395 .

Adapun sabda baginda “Perumpamaan Ahlul Baitku seperti bahtera nabi Nuh, ianya tidak dikenal persanadannya, dan di dalam kitab-kitab Hadis tiada yang berpegang dengannya.  Barangsiapa yang meriwayat hadis ini; sepertimana orang lain yang meriwayatkan seperti itu, mereka adalah orang yang menghimpunkan kayu di waktu malam (kiasan tentang pembohong), mereka itu semakin meriwayatkan secara dhaif. - Minhaj Al-Sunnah, jilid 7 halaman 395.


Ibnu Taimiyah mengatakan demikian walaupun kebanyakan perawi-perawi hadis yang menukilkannya terdiri daripada: Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, Abu Zar, Abdullah bin Abbas, Abu Saʻid Al-Khudri, Abu Al-Tufail, Anas bin Malik, Abdullah bin Al-Zubair, Salamah bin Al-Akwaʻ dan ramai lagi…

Ramai ulama Ahlusunnah meriwayatkan hadis ini di dalam kitab-kitab muktabar mereka seperti: Ahmad bin Hanbal, Barraz, Abu Yaʻla, Ibnu Jarir Al-Tabari, Nasaʼi, Thabrani, Darqatani, Hakim Nisyaburi, Ibnu Murdawayh, Abu Naʻim Isfahani, Khatib Baghdadi, Abu Muzaffar Samʻani, Ibnu Athir, Muhib Al-Tabari, Zahabi, Ibnu Hajar ʻAsqalani, Sakhawi, Sayuthi, Ibnu Hajar Makki, Muttaqi Al-Hindi, Syaikh ʻAli Qari dan lain-lain lagi….

Oleh kerana Ibnu Taimiyyah mengatakan mereka ini penghimpun kayu di waktu malam, apakah kita harus menerima kenyataan itu?


Penghinaan terhadap Amirul Mukminin (a.s):

Ibnu Hajar ʻAsqalani, seorang ulama besar Ahlusunnah di dalam ilmu hadis dan rijal yang digelar sebagai “Hafiz” (Darjat paling tinggi di dalam ilmu rijal Ahlusunnah), beliau mengingatkan di dalam kitab yang masyhurnya Lisan Al-Mizan (Kitab rijal paling muktabar di kalangan Ahlusunnah):

وكم من مبالغة لتوهين كلام الرافضي أدّته أحياناً إلى تنقيص عليّ رضي اللّه عنه .
لسان الميزان ، ج 6 ، ص319.

Berapa banyak (Ibnu Taimiyah) menghina kata-kata rafidhah (ʻAllamah Al-Hilli) sehingga membawa kepada pengurangan darjat Ali (r.a). - Lisan Al-Mizan, jilid 6 halaman 319.

Betapa biadabnya Ibnu Taimiyyah terhadap Amirul Mukminin (a.s) sampai di kemuncaknya seperti yang dinukilkan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam kitab Al-Durar Al-Kaminah Fi Aʻyan Al-Miʼah Al-Thaminah, jilid 1 halaman 155.

وقال ابن تيميّة في حقّ عليّ: أخطأ في سبعة عشر شيئاً، ثمّ خالف فيها نصّ الكتاب ...

Ibnu Taimiyyah mengatakan tentang Ali: Ali melakukan kesalahan dalam tujuh belas perkara. Kemudian beliau bertentangan dengan nas Al-Kitab (al-Qurʼan)

Selain itu, Ibnu Hajar Al-ʻAsqalani menulis:

وافترق الناس فيه  شيعاً ، فمنهم من نسبه إلى التجسيم ، لما ذكر في العقيدة الحمويّة والواسطيّة وغيرهما من ذلك كقوله : "إنّ اليد والقدم والساق والوجه صفات حقيقيةّ للّه، وأنّه مستو على العرش بذاته ".
Orang ramai mempunyai berbagai pandangan tentang Ibnu Taimiyah. Di antaranya ialah kaitan beliau dengan Tajsim. Apa yang disebutnya di dalam Al-ʻAqidah Al-Hamawiyyah Wal Wasathiyyah adalah: Sesungguhnya tangan, kaki, betis dan wajah adalah sifat-sifat sebenar bagi Allah, dan Dia bersemanyam di atas ʻArasyh dengan ZatNya.

Sampailah pada tempat:


ومنهم من ينسبه إلى الزندقة لقوله أن النبي صلّى الله عليه وسلّم لا يستغاث به وأن في ذلك تنقيصاً ومنعاً من تعظيم النبي صلّى الله عليه وسلّم

Sebahagian daripada mereka yang mengaitkannya dengan kafir zindiq adalah kerana kata-katanya: Tidak boleh memohon bantuan daripada Nabi (s.a.w). Sesungguhnya perbuatan itu merendah-rendahkan keagungan Rasulullah (s.a.w).

Sebagai tambahan berliau berkata:

ومنهم من ينسبه إلى النفاق لقوله في علي ما تقدم ولقوله أنه كان مخذ ولا حيث ما توجه وأنه حاول الخلافة مراراً فلم ينلها وإنما قاتل للرياسة لا للديانة ولقوله أنه كان يحب الرياسة وأن عثمان كان يحب المال ولقوله أبو بكر أسلم شيخاً يدري ما يقول وعلي أسلم صبياً والصبي لا يصح إسلامه على قول وبكلامه في قصة خطبة بنت أبي جهل… فإنه شنع في ذلك فألزموه بالنفاق لقوله صلّى الله عليه وسلّم " ولا يبغضك إلا منافق "

Mereka mengaitkan beliau dengan kafir zindiq disebabkan tentang kata-katanya tentang Ali sebelumnya (iaitu Ali tersalah dalam tujuh belas perkara). Begitu juga kata-katanya: Sesungguhnya beliau (Ali) beberapa kali berusaha untuk mendapatkan kekhalifahan namun tidak ada sesiapa pun yang membantunya. Sesungguhnya beliau berperang hanyalah untuk mendapatkan kekhalifahan, bukan kerana demi agama. Begitu juga kata-katanya sesungguhnya beliau cintakan kekuasaan, dan sesungguhnya Usman cintakan harta, dan kata-katanya: Abu Bakar masuk Islam ketika sudah dewasa dan tahu apa yang dibicarakan berbanding Ali masuk Islam ketika kanak-kanak, dan tidak sah keislaman kanak-kanak atas alasan kisah beliau melamar anak perempuan Abu Jahal… Sesungguhnya keburukan Ibnu Taimiyah adalah kerana itu dan menyebabkan ia menjadi munafiq kerana Nabi (s.a.w) bersabda: Tidak membenci engkau (Ali) melainkan orang munafiq. -Al-Durar Al-Kaminah.


Ini bukanlah ucapan seorang ulama Syiah, bahkan pernyataan Ibnu Hajar Al-ʻAsqalani di mana beliau juga mempunyai kefanatikan yang khusus dalam melawan Syiah. ʻAllamah Amini pernah mengusulkan kitab Ibnu Taimiyah hendaklah diberi nama “Minhaj Al-Bidʻah”.  Menurut Amini:

وقد جمع الشافعيّ ومحمّد بن نصر المَرْوَزي كتاباً كبيراً فيما لم يأخذ به المسلمون من قول عليّ ؛ لكون قول غيره من الصحابة أتبع للكتاب والسنّة .
شافعى و مَرْوَزى كتاب بزرگى نوشته و در آن تمام مواردى را كه مسلمانان به گفتار على عمل ننموده اند جمع كرده اند ؛ چون گفتار صحابه به قرآن و سنت نزديكتر بوده است .
Sesungguhnya Al-Syafi’i dan Muhammad bin Naṣr Al-Marwazi menghimpunkan kitab yang besar tentang apa yang umat Islam tidak beramal dengan kata-kata Ali. Ini disebabkan kata-katanya lebih dekat dengan Al-Quran dan Sunnah.

Begitu juga Ali (a.s) merupakan lelaki yang terawal dan terakhir menemani Nabi (s.a.w) hinggalah ke akhir hayat baginda. Kadang-kadang Nabi (s.a.w) memperkenalkan Ali sebagai teman kebenaran:
علي مع الحق والحق مع علي
Ali bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali.

Riwayat ini banyak dinukilkan di dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah dan disahihkan seperti Al-Haitsami di dalam kitab Majma’ Zawaid, jilid 7 halaman 135, yang mengatakan:

رواه أبو يعلى ورجاله ثقات

“Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Yaʻla dan rijalnya adalah thiqah (boleh dipercayai).”

Hakim Nisyaburi di dalam Mustadrak ʻAla Sahihain, jilid 3 halaman 124 mengatakan:

هذا حديث صحيح على شرط مسلم ولم يخرجاه

“Hadis ini adalah sahih atas syarat Muslim dan mereka berdua (Al-Bukhari dan Muslim) tidak meriwayatkannya.”

Begitu juga di dalam Tarikh Al-Baghdad, jilid 14 halaman 322, Ibnu Qutaibah Al-Dainuri di dalam Al-Imamah Wa As-Siyasah jilid 1 halaman 98; Fakhruddin Al-Razi di dalam Tafsir Al-Kabir jilid 1 halaman 205 dan lain-lain lagi….

Ali bin Abi Talib kadang-kala dikenali sebagai teman Al-Quran:


علي مع القران مع والقرآن مع علي لن يتفرقا حتى يردا على الحوض .

“ʻAli bersama Al-Quran dan Al-Quran bersama ʻAli. Kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kembali kepadaku di telaga Al-Haudh.”

Hakim Nisyaburi di dalam kitab Mustadrak ʻAla Sahihain mengatakan:

هذا حديث صحيح الاسناد وأبو سعيد التيمي هو عقيصاء ثقة مأمون ولم يخرجاه .
المستدرك - الحاكم النيسابوري - ج 3 - ص 124 و الجامع الصغير - جلال الدين السيوطي - ج 2 - ص 177 .

Hadis ini mempunyai sanad-sanad yang sahih dan Abu Saʻid Al-Tamimi adalah ʻAqisā’, seorang yang boleh dipercayai dan mereka berdua (Al-Bukhari dan Muslim) tidak pernah mengeluarkannya.

Apakah kata-kata daripada peribadi agung seperti ʻAli tidak mempunyai harganya berbanding dengan orang yang 2 pertiga umurnya bergelumang di dalam kesyirikan, penyembahan berhala, perjudian, mabuk arak, nyanyian dan lain-lain lagi.

Antara kata-kata keji Ibnu Taimiyah tentang Amirul Mukminin:

أمّا أهل السنة فأصلهم مستقيم مطرد في هذا الباب وأما أنتم فمتناقضون وذلك أن النواصب من الخوارج وغيرهم الذين يكفرون عليا أو يفسقونه أو يشكون في عدالته من المعتزلة والمروانية وغيرهم لو قالوا لكم ما الدليل على إيمان على وإمامته وعدله لم يكن لكم حجة .

Ahlusunnah berada di jalan lurus dalam bab ini (Kebanyakan firqah menerima pandangannya); namun kalian (Syiah) bertentangan. Demikian juga golongan Nasibi daripada Khawarij dan selain mereka yang mengkafirkan Ali atau mengatakan beliau fasiq, atau meragui keadilannya daripada golongan Muktazilah, Marwaniyah dan selain mereka. Jikalau kalian ditanya apakah dalil keimanan ʻAli, keimamahannya, dan keadilannya, maka kalian tidak akan menemui hujah.

Kata-kata Ibnu Taimiyah ini merupakan perseteruan terang-terangan dengan orang yang Allah jelaskan melalui nas yang nyata sebagai mukmin, sehinggakan ʻAli diperkenalkan sebagai Wali di dalam surah Al-Ma’idah ayat 55:

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُولُهُ وَ الَّذِينَ ءَامَنُواْ الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَوةَ وَ يُؤْتُونَ الزَّكَوةَ وَ هُمْ رَاكِعُون‏ . المائده / 55

“Hanyalah wali kamu adalah Allah, RasulNya dan orang yang beriman mendirikan solat dan memberi zakat ketika sedang rukuk” - Surah Al-Ma’idah, ayat 55.


Majortiti ulama Ahlusunnah mengatakan ayat ini diturunkan mengenai ʻAli bin Abi Talib (a.s). Qadi ʻIḍḍuddin Al-Īja (wafat tahun 756 Hijrah mengatakan):

وأجمع أئمّة التفسير أنّ المراد علي .
المواقف في علم الكلام ، ص 405 .

“Para imam tafsir bersepakat bahawa maksud ayat tersebut ialah ʻAli.” - Al-Muwaqif Fi ʻIlm Al-Kalam, halaman 405.

Saʻd Al-Din Al-Taftazānī turut mengesahkannya:

نزلت باتّفاق المفسّرين في علي بن أبي طالب ، رضي اللّه عنه ، حين أعطى خاتمه وهو راكع في صلاته .
شرح المقاصد في علم الكلام ، ج 5 ، ص270 .

Diturunkan (ayat ini) tentang ʻAli bin Abi Talib (r.a) dengan kesepakatan para ahli tafsir, ketika beliau memberikan cincin tatkala rukuk dalam solatnya. - Syarh Al-Maqāṣid fi ʻIlm Al-Kalām, jilid 5 halaman 270.

ʻAlā’ Al-Din bin Muhammad Al-Hanafi, yang dikenali sebagai Qausyaji menulis tentang ini:

إنّها نزلت باتفاق المفسّرين في حق علي بن أبي طالب حين أعطى السائل خاتمه وهو راكع في صلاته .
شرح تجريد الاعتقاد  ، ص 368 .

Sesungguhnya ia diturunkan dengan kesepakatan para ulama tafsir, tentang hak ʻAli bin Abi Talib yang memberikan cincin kepada peminta (pengemis) dan ʻAli dalam keadaan rukuk tatkala solat. - Syarh Tajrid Al-Iʻtiqad, halaman 368.

Al-Ālusi turut mengatakan:

غالب الأخباريّين على أنّ هذه الآية نزلت في علي كرّم اللّه وجهه .
روح المعاني ، ج 6 ، ص168 .

Majoriti yang melaporkan sesungguhnya ayat ini diturunkan tentang ʻAli. - Ruhul Maʻānī, jilid 6 halaman 168.

Sekarang apakah kepimpinan dan kekhalifahan serta merta ʻAli bin Abi Talib setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w) telah dibuktikan atau tidak? Selain itu perbahasan lain di sini ialah peribadi ʻAli, apakah Al-Qurʼan tidak menyabitkan keimanan beliau atau tidak?

Apakah Ibnu Taimiyah tidak melihat ayat ini? atau mempunyai perseteruan dengan Amirul Mukminin dan hasad dengki dengan kelebihan ʻAli sehingga memaksa Ibnu Taimiyah berkata biadab.

Sekurang-kurangnya Amirul Mukminin (a.s) selaku seorang sahabat Nabi, dan kalian menganggap semua sahabat adalah mukmin, bahkan semua mereka bersikap adil tanpa pengecualian, namun apakah Amirul Mukminin bukan daripada sahabat Nabi? Atau seluruh sahabat tidak adil dan tidak ada dalil keimanan mereka?

Ayat pengharaman arak diturunkan mengenai ʻAli

Ibnu Taimiyyah di dalam kitabnya menuduh ayat pengharaman arak diturunkan mengenai ʻAli bin Abi Talib:

وقد انزل الله تعالى في علي :"يا ايها الذين ءامنوا لا تقربوا الصلاة وانتم سكارى حتى تعلموا ما تقولون" لما صلى فقرأ وخلط ".
منهاج  السنة ،  ج 4 ،‌ ص65 .

Sesungguhnya Allah Taʻala menurunkan (ayat) tentang ʻAli: “Wahai orang yang beriman, janganlah kalian dekati solat tatkala sedang mabuk sehingga kalian tahu apa yang kalian katakan.”  Tatkala Ali solat, maka beliau membaca dan tersilap. - Minhaj Al-Sunnah, jilid 4 halaman 65.

Sedangkan golongan Syiah dan Ahlusunnah sama-sama sepakat bahawa ayat ini dan ayat mengenai arak yang lain diturunkan tentang ʻUmar bin Al-Khattab. Cukuplah kami nyatakan di sini sumber-sumber daripada Ahlusunnah:

Al-Zamakhsyari antara ulama besar Ahlusunnah di mana Zahabi menggelarnya sebagai ʻAllamah (tersangat ʻalim) di dalam kitab Siyar Aʻlam Al-Nubala’ jilid 20 halaman 191. Beliau di dalam kitab Rabīʻul Abrar menulis:

أنزل الله تعالى في الخمر ثلاث آيات، أولها يسألونك عن الخمر والميسر، فكان المسلمون بين شارب وتارك ، إلى أن شرب رجل ودخل في الصلاة فهجر ، فنزلت : يا أيها الذين آمنوا لا تقربوا الصلاة وأنتم سكارى ، فشربها من شرب من المسلمين ، حتى شربها عمر فأخذ لحي بعير فشج رأس عبد الرحمن بن عوف ، ثم قعد ينوح على قتلى بدر بشعر الأسود بن عبد يغوث .

وكائن بالقليب قليب بدر ... فبلغ ذلك رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فخرج مغضباً يجر رداءه ، فرفع شيئاً كان في يده ليضربه ، فقال : أعوذ بالله من غضب الله ورسوله . فأنزل الله تعالى : إنما يريد الشيطان ، إلى قوله : فهل أنتم منتهون . فقال عمر : انتهينا .
ربيع الأبرار ، زمخشري ، ج1 ، ص398 ، طبق برنامه المكتبة الشاملة الكبري ، الإصدار الثاني، تاريخ المدنية ، ابن شبه ، ج3 ،‌ ص863 طبق برنامه المكتبة الشاملة الكبري ، الإْصدار الثاني .

Allah (s.w.t) menurunkan tiga ayat tentang arak, yang pertamanya "Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi". Maka umat Islam ada yang masih minum dan ada yang meninggalkannya, sehinggalah seorang lelaki meminum arak dan mengerjakan sembahyang sehingga meracau. Maka turunlah ayat: Wahai orang yang beriman, janganlah kalian mendekati solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk. Umat Islam masih ada lagi yang melakukannya sehinggalah 'Umar meminum arak, dan beliau mengambil tulang rahang  unta lantas memecahkan/melukakan kepala 'Abdul Rahman bin 'Auf. Setelah itu 'Umar pun duduk sambil membaca Syair Aswad bin 'Abdul Yaghuts, meratapi/meraung terhadap mereka yang terkorban di dalam peperangan Badar (daripada pihak musyrikin).

Maka berita tersebut sampai kepada Rasulullah (s.a.w). Baginda pun marah dan keluar dalam keadaan jubahnya meleret di tanah. Baginda mengangkat sesuatu untuk memukul 'Umar, maka 'Umar pun berkata: Aku berlindung dengan Allah daripada kemurkaanNya dan kemurkaan RasulNya. Maka Allah (s.w.t) pun menurunkan ayat "Hanyasanya syaitan berkehendak" sampailah kepada firman "Apakah kalian akan berhenti? (dari meminum arak). Maka 'Umar pun berkata: Kami telah berhenti.

Rabi'ul Abrar, Zamakhsyari, jilid 1 halaman 398 menurut software Al-Maktabah Al-Syamilah Al-Kubra edisi ke-dua; Tarikh Al-Madinah, jilid 3 halaman 863.

Kedua-dua kitab ini dapat ditemui dalam internet:
http://www.alwarraq.com

Memanglah ‘Umar bin Al-Khattab mengatakan “Kami telah berhenti”, namun sebenarnya beliau belum serik lagi kerana ulama-ulama Ahlusunnah mengiktiraf bahawa ‘Umar masih belum berhenti melakukan adat jahiliyah ini. Malik bin Anas, imam mazhab Maliki di dalam kitab Al-Muwattā’ (ada yang menganggap ianya sebahagian daripada kitab sahih sittah) menulis:

عن عبد الرحمن بن القاسم ، أن أسلم مولى عمر بن الخطاب أخبره ، أنه زار عبد الله بن عياش المخزومي فرأى عنده نبيذا وهو بطريق مكة . فقال له أسلم : إن هذا الشراب يحبه عمر بن الخطاب . فحمل عبد الله بن عياش قدحا عظيما . فجاء به إلى عمر بن الخطاب فوضعه في يديه . فقربه عمر إلى فيه ثم رفع رأسه . فقال عمر : إن هذا لشراب طيب . فشرب منه .

Diriwayatkan daripada ʻAbdul Rahman bin Al-Qāsim, sesungguhnya Aslam memberitahu ʻUmar bahawa beliau melihat Raz ʻAbdullah bin ʻAyyash Al-Makhzumi bersama arak nabiz ketika dalam perjalanan ke Makkah. Maka Aslam berkata kepadanya: Sesungguhnya arak ini digemari ʻUmar bin Al-Khattab. Maka ʻAbdullah bin ʻAyyash membawa sebuah mangkuk besar. Maka ia membawanya kepada ʻUmar bin Al-Khattab dan meletakkannya dihadapan beliau. Maka ʻUmar pun menghampirinya ke mulutnya lantas mengangkat kepalanya. ʻUmar berkata: Alangkah baiknya arak ini, maka beliau pun meminumnya.


Ahli bahasa mengatakan tentang makna nabiz sebagai berikut:


وإِنما سُمِّيَ نَبِيذاً لأَن الذي يَتَّخِذُه يَأْخُذُ تَمْراً أَوْ زَبِيباً فَيَنْبِذُه في وِعَاءٍ أَو سِقَاءٍ عليه الماءُ ويَتْرُكه حتى يَفُور فيَصِير مُسْكِراً
تاج العروس ، ج5 ، ص500

Hanyasanya dinamakan nabiz itu kerana diambil dari kurma atau kismis, maka ia dituang ke dalam bejana dan dicurahkan air ke atasnya dan ditinggalkan sehingga menidih sendiri. Maka ia memabukkan. - Tāj Al-ʻArusi, jilid 5 halaman 500.


Muhiyuddin Al-Nawawi di dalam kitab Al-Majmuʻ menulis:

 [ واما الخمر فهي نجسة لقوله عز وجل ( إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان ) ولأنه يحرم تناوله من غير ضرر فكان نجسا كالدم واما النبيذ فهو نجس لأنه شراب فيه شدة مطربة فكان نجسا كالخمر ] .
المجموع - محيى الدين النووي - ج 2 - ص 563 .

Sesungguhnya Arak adalah najis kerana Allah (s.w.t) berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.” Sesunggunya Allah mengharamkan pengambilannya tanpa sebab darurat. Maka ia adalah najis seperti darah. Namun nabiz juga adalah najis kerana kerana ia adalah arak dan ia sangat menggembirakan, maka ia adalah najis seperti arak. - Al-Majmu’, Muhiyuddin Al-Nawawi, jilid 2 halaman 563.

Menarik perhatian di sini, ʻUmar masih belum meninggalkan arak di akhir riwayat hidupnya. Bahkan tatkala menjelang kematiannya, ʻUmar masih meminta dibawakan arak. Ibnu Saʻd, salah seorang ulama besar Ahlusunnah di dalam kitab Al-Tabaqat Al-Kubra menulis:


عن عبد الله بن عبيد بن عمير أن عمر بن الخطاب لما طعن قال له الناس يا أمير المؤمنين لو شربت شربة فقال أسقوني نبيذا وكان من أحب الشراب إليه قال فخرج النبيذ من جرحه مع صديد الدم .
الطبقات الكبرى - محمد بن سعد - ج 3 - ص 354 و تاريخ مدينة دمشق - ابن عساكر - ج 44 - ص 430 و با كمي تفاوت در : السنن الكبرى - البيهقي - ج 3 - ص 113 و فتح الباري - ابن حجر - ج 7 - ص 52 و المصنف - ابن أبي شيبة الكوفي - ج 5 - ص 488 و الاستيعاب - ابن عبد البر - ج 3 - ص 1154 و ده‌ها مصدر ديگر از  مصادر معتبر اهل سنت .

Daripada ʻAbdullah bin ʻUbaid bin ʻUmair, sesungguhnya tatkala ʻUmar bin Al-Khattab ditikam, orang ramai berkata kepadanya: Wahai Amirul Mukminin, jikalaulah engkau meminum minuman (alangkah bagusnya). Maka ʻUmar pun berkata: Berikan aku minum nabiz. Itulah arak adalah yang paling disukainya. ʻAbdullah berkata: Maka keluarlah nabiz dari lukanya bersama nanah bercampur darah.

Pengingkaran kedudukan ilmu Amirul Mukminin (a.s):

Ibnu Taimiyyah, dalam kebanyakan karyanya berusaha sedaya upaya mempertikaikan ilmu Amirul Mukminin ʻAli (a.s). Dalam waktu yang sama beliau turut menjulang tinggi kedudukan ilmu Abu Bakar dan ʻUsman.

Beliau menulis:
والمعروف أنّ عليّاً أخذ العلم عن أبي بكر .
منهاج السنّة ، ج 5 ، ص513 .

Sudah masyhur, sesungguhnya ʻAli mengambil ilmu daripada Abu Bakar. - Minhaj Al-Sunnah, jilid 5 halaman 513.

Namun Abu Bakar tidak faham apakah makna “فاكهة وأبّا” sedangkan orang Arab rata-ratanya mengetahuinya.

وأخرج أبو عبيد في فضائله وعبد بن حميد عن إبراهيم التيمي قال سئل أبو بكر الصديق رضي الله عنه عن قوله « وأبا» فقال أي سماء تظلني وأي أرض تقلني إذا قلت في كتاب الله مالا أعلم .
الدر المنثور - جلال الدين السيوطي - ج 6 - ص 317 .

Ibrahim Al-Tamimi berkata: Abu Bakar Al-Siddiq ditanya tentang ayat “وأبا”, Abu Bakar pun menjawab: Langit manakah yang menaungi aku, dan bumi manakah yang meletakkan aku ketika aku mengatakan aku tidak tahu tentang kitab Allah.

Oleh itu kami ingin mengemukakan beberapa dalil secara ringkas yang membuktikan betapa luasnya pengetahuan ʻAli bin Abi Talib.

1. Ramai ulama Ahlusunnah menukilkan bahawa Nabi (s.a.w) bersabda:

أنا مدينة العلم وعلي بابها فمن أراد العلم فليأته من بابه .
المعجم الكبير ، الطبراني ، ج 11 ، ص 55 و أسد الغابة ، ابن أثير ، ج 4 ، ص22 و تاريخ بغداد ، خطيب بغدادي ، ج 3 ، ص181و الجامع الصغير ، السيوطي ، ج 1 ، ص415 و ج3 ، ص60.

Aku adalah kota ʻIlmu dan ʻAli adalah pintunya, maka barangsiapa yang inginkan ilmu, maka hendaklah ia datang dari pintunya. - Al-Muʻjam Al-Kabir Al-Tabrani, jilid 11 halaman 55; Asad Al-Ghabah Ibnu Athir, jilid 4 halaman 22; Tarikh Baghdad, Khatib Baghdadi jilid 3 halaman 181; Jamiʻ Al-Shaghir, Al-Sayuthi jilid 415 dan jilid 3 halaman 60.

Hakim Al-Nisyaburi di dalam kitab Al-Mustadrak Al-Hakim, jilid 3 halaman 126-127 telah menukilkan riwayat ini daripada beberapa jalan dan mensahihkannya. Begitu juga Muttaqi Al-Hindi telah menukilkannya dan mengiktiraf kesahihannya di dalam kitab Kanzul Ummal, jilid 13 halaman 159.

2. Hanya ʻAli (a.s) seorang yang dapat mengistiharkan “Tanyalah padaku sebelum kalian kehilanganku”. Tidak ada sesiapa pun sebelum dan setelahnya yang mengaku seperti itu. Itulah yang ditulis oleh para ulama Ahlsunnah:

لم يكن أحد من الصحابة يقول (سلوني) إلاّ عليّ بن أبي طالب .
المستدرك ، الحاكم ، ج3 ، ص122 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج42 ، ص 387 و المناقب ، خوارزمي ، ص 329 و فضائل الصحابة ، أحمد بن حنبل ، ج2 ، ص646، و أسد الغابة ، ابن أثير ، ج4 ، ص22 و تهذيب الأسماء واللغات ، النووي ، ج1 ، ص317 و المناقب للخوارزمي ، ص 90.

Tidak seorang pun daripada sahabat yang berkata (سلوني) melainkan ʻAli bin Abi Talib.

- Al-Mustadrak Al-Hakim jilid 3 halaman 122; Tarikh Madinah Dimasyqi Ibnu ʻAsakir jilid 387; Manaqib Al-Khawarizmi halaman 329; Fadha’il Al-Sahabah Ahmad bin Hanbal  jilid 2 halaman 646; Asadul Ghabah Ibnu Athir jilid 2 halaman 22; Tahzibul Asma’ Wal Lughat Al-Nawawi, jilid 1 halaman 317.

Diriwayatkan daripada Ibnu ʻAbbas bahawa beliau berkata:

والله لقد أعطى على ابن أبي طالب تسعة أعشار العلم وأيم الله لقد شارككم في العشر العاشر .
الاستيعاب - ابن عبد البر - ج 3 - ص 1104 و أسد الغابة - ابن الأثير - ج 4 - ص 22 و سبل الهدى والرشاد - الصالحي الشامي - ج 11 - ص 289 و ينابيع المودة لذوي القربى - القندوزي - ج 1 - ص 213 و تفسير الثعالبي ، ج ، ص52 و تهذيب الأسماء واللغات ، ج1 ،‌ ص317 .

Demi Allah, ʻAli bin Abi Talib dianugerahkan sembilan ke-sepuluh ilmu, dan demi Allah beliau berkongsi dalam sepuluh ke-sepuluh dengan kalian.

Bersambung…

 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini