Sinaran Kesedaran Islam tidak dapat dipadam
Kod: 320403 Tanggal: 2012/06/06 - 22:45Sumber: Tehran Timesprint

Menteri Luar Iran;
Sinaran Kesedaran Islam tidak dapat dipadam

Kesedaran Islam menggagalkan dominasi Barat atas beberapa negara Arab 

 Sinaran Kesedaran Islam tidak dapat dipadam
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi berkata, gerakan Kesedaran Islam baru-baru ini di dunia Arab tidak dapat dibendung lagi.
 
Salehi berkata demikian dalam satu pesanannya kepada persidangan Kesedaran Islam dan Gerakan Al-Marhum Imam Khomeini yang dilangsungkan di Institut Kementerian Luar Iran, Selasa lalu.

Persidangan ini dilangsungkan selama dua hari selepas ulangtahun ke-23, kemangkatan Al-Marhum Imam Khomeini, pengasas Republik Islam Iran.

Dalam mesejnya Salehi menyifatkan "Pencapaian yang sangat besar" dalam kemajuan yang dicapai oleh beberapa negara Arab yang telah memusnahkan komplot Amerika dan Barat di rantau Timur Tengah.

Menurut beliau, "Realitinya, pergerakan ini tidaklah bersinar secara kecil-kecilan sehingga boleh dipadam, namun ianya adalah tuntutan yang sangat besar di dunia Arab yang berakar umbi di dalam keyakinan Islam dan model revolusi Iran."

Mengenai situasi regim Zionis, Salehi mengatakan, "Kita menyaksikan fondasi regim penjajah lebih gementar daripada sebelumnya, mimpi kuasa hegemoni di Timur Tengah menjadi kenyataan."

Menteri Luar Iran menambah, "Kesedaran penduduk di rantau tersebut adalah mencari pembebasan daripada kuku besi, rasuah dan perhambaan kepada Amerika serta Israel. Negara-negara yang mencari pendominasian global hendaklah sedar bahawa mereka tidak akan memperolehi pengaruh terhadap masa depan manusia yang mencari kebebasan dan keadilan menurut kehendak mereka."

 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini