Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Bekalan elektrik beberapa masjid Syiah telah diputuskan oleh kerajaan Saudi sehingga menyebabkan jemaahnya solat dalam kepanasan dan tidak selesa sejak bulan lalu.
Masjid yang menjadi sasaran diskriminasi Saudi ini terletak sejajar dengan rumah tokoh Syiah, Abdullah Salih al-Mohana, di Khobar, bandar al-Ahsa.
Mohana pernah ditangkap pada tahun 2010 kerana membuka masjid. Sebelum dibebaskan beliau dipaksa menandatangani perjanjian supaya tidak membuka masjidnya lagi.
Selain itu, masjid Al-Jiser adalah salah satu masjid Syiah yang telah ditutup oleh kerajaan Saudi atas alasan tidak ada izin rasmi daripada pihak berkuasa. Pengerusi masjid tersebut, Sayyid Hashim juga turut ditangkap.