Pembentukan kumpulan Ikhwanul Mukminin memasuki kancah politik Arab Saudi
Kod: 321996 Tanggal: 2012/06/13 - 21:42Sumber: اختصاصی ابناprint

Demi menjatuhkan sekutu musuh;
Pembentukan kumpulan Ikhwanul Mukminin memasuki kancah politik Arab Saudi

Ikhwanul Mukminin mendakwa ingin membebaskan bumi Hijaz dengan misi menyingkirkan regim penjenayah munafik Ale Saud di samping mengusir orang kafir berasaskan gerakan Islam. 

 Pembentukan kumpulan Ikhwanul Mukminin memasuki kancah politik Arab Saudi
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan kezaliman tidak berperi kemanusiaan yang berleluasa di Arab Saudi sepanjang tahun ini, sebuah kumpulan yang mendakwa ingin membebaskan tanah Hijaz dari kekuasaan golongan munafik, cuba memasuki kancah politik.

Kumpulan yang baru dibentuk ini menyebarkan kenyataannya yang mengistiharkan gerakannya berhasrat menjalankan kegiatan untuk menjatuhkan Ale Saud dan jihad menentang orang kafir serta golongan munafik yang bersekongkol dengan mereka.

Kenyataan mereka turut menyebut bahawa Ikhwanul Mukminin berhasrat membebaskan Hijaz dan menuntut perubahan politik yang menyingkirkan regim yang zalim. Turut dinyatakan ialah mereka berhak menyingkirkan golongan penindas dan mengembalikan hak asasi manusia, mengembalikan keamanan dan melaksanakan keadilan.

Tegas mereka lagi para perjuangan mereka ini akan dilanjutkan dan tidak akan berpatah balik.

Pengaruh perubahan iklim politik di Tunisia dan Mesir sebelum ini telah merebak ke beberapa negara lain di Timur Tengah yang rata-ratanya menuntut keadilan sosial.



 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini