Sesi soal jawab ceramah anti-Syiah terpaksa dihentikan
Kod: 324346 Tanggal: 2012/06/24 - 05:46Sumber: ABNA.coprint

Tidak tahan dengan soalan hadirin;
Sesi soal jawab ceramah anti-Syiah terpaksa dihentikan


 Sesi soal jawab ceramah anti-Syiah terpaksa dihentikan
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hasrat seorang penceramah memfitnah mazhab Syiah menemui kegagalan apabila sesi soal jawab ditutup sekaligus meragukan orang ramai terhadap isi kandungan ceramahnya.

Ahmad Nasim Abdul Rauf, dikatakan memberikan ceramah selama dua jam di Masjid Daerah Seberang Perai Utara pada 15 Jun lalu untuk mengkafirkan mazhab Syiah.

Akibat tidak tahan dengan soalan yang ingin dikemukakan oleh para hadirin, sesi soal jawab terpaksa dihentikan oleh pihak masjid atas alasan belum menunaikan solat Isya. Malangnya penceramah dikatakan melarikan diri tanpa menunaikan solat terlebih dahulu setelah terpukul malu dan tidak bersedia menghadapi kritikan.

Masyarakat awam yang menghadiri program ceramah anti-Syiah selalunya meragui kempen muballigh Wahabi apabila para hadirin tidak diizinkan mengaju soalan mereka.

Golongan Wahabi al-mujassimah giat menganjurkan berbagai aktiviti anti-Syiah seperti seminar, ceramah, mengedarkan buku untuk dengan memperalatkan masjid menarik simpati orang ramai terhadap persepsi mereka terhadap Syiah sekaligus ingin menerapkan kepercayaan Allah berjisim di dalam masyarakat.

Antara akidah sesat yang dipegang oleh golongan Wahabi ialah Allah (s.w.t) berupa seorang pemuda dan berambut kerinting.

 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini