Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Syeikh Ahmad Qattan, pemimpin komuniti "Qauluna Wal 'Amal Lubnan" mengecam beberapa tukang fitnah yang ingin menimbulkan perseteruan dan kebencian antara mazhab.
Beliau menambah, "Saya meminta maaf bagi pihak kami kepada sadara-saudara Syiah atas pernyataan bohong Ahmad Al-Asir, seorang ulama Salafi di Masjid Bilal bin Rabah di dalam televisyen, terutamanya Sayid Hasan Nasrullah selaku Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan dan saya ucapkan terima kasih kepada Rahan Qattan atas kebijaksanaan beliau dalam menghadapi pernyataan Salafi Ahmad Al-Asyar."
Qattan turut meminta Syeikh Ahmad Rashid, mufti kerajaan Lubnan agar menghentikan perbuatan khianat Ahmad Al-Asir tersebut dengan memberikan ucapan khusus.
Pemimpin komuniti Qauluna Wal 'Amal menegaskan, "Sepatutnya badan perundangan Lubnan menyiasat segala ancaman Ahmad Al-Asir terhadap pemimpin Lubnan, presiden Bashar Al-Assad dan presiden Russia.