| Kod: 330070 | Tanggal: 2012/07/19 - 04:35 | Sumber: ABNA.co | print |
Perarakan jenazah korban revolusi Arab Saudi di Awamiyah + Gambar |
Perarakan jenazah korban revolusi Arab Saudi di Awamiyah + Gambar Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ribuan penduduk di kota Awamiyah menghadiri perarakan jenazah korban terbaru regim Saudi sambil berjanji bahawa revolusi akan tetap diteruskan. Korban terbaru Abdullah Al-Lajani berusia 17 tahun terbunuh dalam satu siri keganasan regim Arab Saudi. Perarakan jenazah yang diadakan pada malam kelmarin ini bertukar menjadi demonstrasi besar apabila penduduk awam melaung-laungkan slogan dan sepanduk anti regim. Mereka turut menuntut agar semua tahanan politik dibebaskan segera. Setelah solat jenazah, ulama Syiah Syeikh Abdul Karim Al-Habil memberikan ucapan dengan mengutuk kekejaman regim dalam menyuraikan demonstrasi baru-baru ini sambil mencabar pihak berkuasa melaksanakan hukum qisas terhadap penjenayah tersebut. As-Syahid Abdullah Al-Lajani terbunuh pada malam Jumaat lalu akibat ditembak polis regim.






















انتهای پیام / 141
.............