 |
Pertanyaan tentang surah al-Ahzab ayat 33:
Apakah isteri nabi termasuk dalam ayat Tathir?
Pertanyaan:
Pertanyaan saya adalah tentang ayat 32, 33, 34 surah al-Ahzab tentang Ahlul Bait nabi. Ayat ini menyatakan Allah hendak menghilangkan daripada isteri-isteri nabi kenistaan dan menyucikan mereka sesuci-sucinya. Telah diketahui ketika ayat ini diturunkan, A’isyah tinggal bersama-sama Rasulullah dan Khadijah sudah pun wafat. Oleh itu ayat ini adalah berkenaan isteri-isteri nabi. Namun kenapa pula isteri-isteri nabi tidak dikira sebagai Ahlul Bait? Sedangkan Sayidah Fatimah Zahra pula dan Imam Ali tinggal bersama Hasan dan Husain dalam rumah yang berasingan. Ayat ini pun turun pada zaman tersebut maka sudah tentu ia meliputi isteri-isteri nabi, iaitu isteri-isteri nabi pun Ma’sum dan sudah tentulah isteri-isteri nabi termasuk juga Ahlul Bait nabi. Sila rujuk pada penerangan ini habis-habisan dan sila jawab dengan sumber-sumber yang muktabar. Terima kasih.
2010/08/22 23:42
|