Abna.ir


Filem bersiri al-Faruq memperkenalkan watak Khalifah Abu Bakar
Filem bersirri terbesar di dunia Arab
Filem bersiri al-Faruq memperkenalkan watak Khalifah Abu Bakar


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Sebuah filem yang diterbitkan di Syria bakal menayangkan wajah khalifah Abu Bakar dalam filem Arab terbesar yang berjudul al-Faruq.

Personaliti Abu Bakar ini akan dibintangi oleh Ghassan Masoud, selebriti filem terkenal di Syria. Namun pembikinan filem ini masih belum dimulakan kerana skripnya masih ditulis dan akan diserahkan kepada beberapa institusi dan ulama Ahlusunnah untuk penelitian kesahihannya seperti Universiti al-Azhar, Jawatankuasa Syar'i Syaikh Yusuf al-Qardawi, Syaikh Salman 'Audah dan lain-lain lagi.

Menurut beberapa sumber, al-Faruq merupakan filem sejarah bersiri terbesar di dunia Arab. Pengarah filem Arab terkenal Hatim Ali mengambil tanggungjawab meneraju pengambarannya.



http://www.abna.ir/data.asp?lang=15&id=221347