Pengganas serang stesyen televisyen Al-Ikhbariya3 wartawan terkorban; Pengganas serang stesyen televisyen Al-Ikhbariya
Pihak penghasut bertanggung jawab sepenuhnya atas keganasan yang semakin memuncak. | |
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri informasi Omran al-Zoubi berkata kumpulan pengganas meluaskan kekejaman mereka dengan menyerang para wartawan dan media bebas untuk menyalahkan Syria sebagai punca pembunuhan.
Menteri tersebut berkata, pihak yang menghasut perseteruan dengan Syria mesti bertanggung jawab terhadap keganasan yang semakin memuncak ini.
"Pembunuhan ini tidak akan didiamkan tanpa dihukum, dan siaran al-Ikhbariya tidak akan dihentikan. Kami meminta kesatuan Eropah, Arab dan pertubuhan antarabangsa bertanggung jawab terhadap pembunuhan ini.
"Mereka yang melakukan jenayah ini telah menjalani apa yang diputuskan oleh persidangan Liga Arab demi untuk mendiamkan suara Syria." tambah beliau.
Beliau turut menceritakan bahawa pengganas yang menyerang stesyen televisyen itu telah menyembelih wartawan, pekerja dan pengawal keselamatan di samping merosakkan seluruh prasarana.
http://www.abna.ir/data.asp?lang=15&id=325157